Sunday, July 24, 2011

Ketua Pengodam Ditangkap ! Lulz security

Anda pasti kenal dengan Lulz security, beliau adalah seorang pemuda England yang dikhabarkan ditangkap baru2 ini diatas penggodaman beberapa laman web Bank, web Kerajaan dan sebagainya. Antara laman web yang baru digodam Lulz baru2 ini sehingga ditangkap ialah laman web agensi jenayah Organisasi Serius yang dipaparkan di bawah ini.

Berita selanjutnya..

Di Britain polis menangkap seorang remaja di sini, England kerana disyaki menjadi ketua kumpulan penggodam antarabangsa, Lulz Security, yang bertanggungjawab melakukan serangan siber terhadap Agensi Perisikan Pusat (CIA) milik Amerika Syarikat (AS) dan Scotland Yard.

Remaja tempatan berusia 19 tahun itu ditangkap dalam satu operasi bersama melibatkan polis Britain dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) juga dari AS.

Suspek kini disoal siasat di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer dan Akta Penipuan Britain di sebuah balai polis di pusat bandar London.

"Tangkapan ini susulan siasatan terhadap pencerobohan rangkaian komputer sebilangan organisasi perniagaan dan agensi perisikan oleh kumpulan penggodam sama (Lulz Security)," kata seorang jurucakap Scotland Yard.
Lulz Security mendakwa bertanggungjawab menceroboh sistem komputer beberapa organisasi utama termasuk Agensi Jenayah Berat Terancang Britain, Senat Amerika Syarikat (AS) dan CIA selain firma permainan video Nintendo dan Sony.

Dalam satu mesej di Internet pada Ahad lalu, kumpulan itu mengisytiharkan perang serta-merta dan berterusan terhadap kerajaan dan syarikat keselamatan komputer di serata dunia.

Lulz Security menggesa pengikutnya supaya menceroboh dan merosakkan laman web kerajaan dengan keutamaan untuk mencuri dan mendedahkan maklumat sulit kerajaan termasuk e-mel dan dokumen.
Sasaran utama kumpulan itu adalah bank dan organisasi utama yang lain.

Laman web Agensi Jenayah Organisasi Serius merupakan sasaran terkini kumpulan pengodam tersebut kelmarin.

p/s Penggodam ada di mana2 sehaja. Sentiasa berjaga-jaga dengan maklumat peribadi yang tersimpan di laman maya. Aril turut merasakan hackers bakal menggegarkan dunia tidak lama lagi. Bayangkan di luar negara yang mempunyai IT sekuriti yang kuat berbanding Malaysia pun mudah dipecah masuk oleh pihak2 tertentu. So, apa pula kata anda mengenai gaysec yang menyerang laman web Malaysia...

Anda mungkin juga meminati:

11 comments:

  1. law aku..aku tembak gne snipper trus..tembak kt tgn..bia pasny bt keje kt pc gne hidung~x(

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. harap2 pasni xde dah masalah godam2 ni. haha

    ReplyDelete
  4. Dalam satu mesej di Internet pada Ahad lalu, kumpulan itu mengisytiharkan perang serta-merta dan berterusan terhadap kerajaan dan syarikat keselamatan komputer di serata dunia. mustahil untuk mengatakan tiada lagi godaman yang berlaku:)

    ReplyDelete
  5. 19 thn? huh....kecik2 da bt jht da...bsr2 nt ntah2 abes dy hack web2 kerajaan sluruh dunia..
    syukur la da kurg sorg org jht kt dunia niey :D

    ReplyDelete
  6. hahaha..betul2;)..kecik2 cili api..kalau dia pandai gunakan kemahiran yang dimiliki, sudah tentu hidup dye senang:)

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate