Showing posts with label Tips and Tricks. Show all posts
Showing posts with label Tips and Tricks. Show all posts

Friday, June 29, 2012

Main permainan ular di youtube semasa loading!


YouTube merupakan video platform yang sangat popular untuk ditonton dan memuat naik sebarang video. Gah dengan kedudukannya di carta Alexa dengan menduduki tempat ke-3. Kebiasaannya apabila membuka video YouTube, dengan berbekalkan sambungan internet yang perlahan menyebabkan video yang ingin ditonton itu mengalami loading yang lama dan membosankan.

Justeru, anda disarankan untuk tidak merasa bosan dengan bermain permainan yang ringkas dan mudah sebelum video tersebut selesai buffer. Permainan ini merupakan permainan ular klasik di video. Jadi, bagaimana untuk mencubanya?

Caranya cukup mudah iaitu apabila video anda mengalami loading, anda hanya perlu menekan LEFT AERO + UP AERO KEYS bersama-sama. Tekan kedua-dua key tersebut secara serentak dan bukannya satu demi satu. Tanpa disangkakan permainan ular anda sedang bermula seperti yang tertera di bawah ini...



p/s: aril layan lagu-lagu jiwang malam ni..hehe..selamat mencuba kawan-kawan..peace!=)

Thursday, June 28, 2012

Tips lajukan internet sebanyak 20%

Untuk pengetahuan anda, microsoft telah menggunakan 20% daripada bandwidth yang tersedia untuk tujuan mereka sendiri antaranya digunakan untuk "Windows Updates" dan juga untuk menyoal siasat pc anda sekiranya perlu. Jadi, bagaimana untuk mendapatkan 20% ini tanpa memberi kesan pada pc anda?

Caranya mudah sahaja iaitu anda perlu mengubah had limit bandwidth yang anda gunakan.

Langkah-langkah:

1) Klik Start, selepas itu Run dan taip "gpedit.msc" tanpa pengikat kata. Secara tak langsung akan keluar kotak "group policy editor".

2) Setelah itu, anda klik pada >>Local Computer Policy >>Computer Configuration >>Administrative Templates >>Network >>QOS Packet Scheduler >>Limit Reservable Bandwidth.

3) Klik dua kali pada "Limit Reservable Bandwidth" dan anda diberitahu bahawa ianya belum dikonfigurasikan. Kebenarannya apabila anda melihat pada tab "Explain", secara asasnya Packet Scheduler menghadkan sistem sebanyak 20% bandwidth pada sesuatu sambungan.

Tetapi, anda boleh mengubah tetapan asalnya! Caranya untuk membenarkan had limit ini ialah dengan tetapkan kepada nilai "0" atau SIFAR tanpa pengikat kata. Ini membolehkan sistem menggunakan 20% tanpa lalai.


*Langkah ini hanya berfungsi digunakan pada Windows 7/Vista Business, Ultimate and Enterprise editions, Win XP, Win 2000.

Tingkatkan kelajuan pelayar Chrome & Firefox guna Speedfox!

Firefox dan Chrome adalah nama pelayar yang tidak asing lagi digunakan oleh pengguna komputer di seluruh dunia. Malah ia menjadi pilihan popular berbanding pelayar-pelayar yang lain.

Tetapi, antara kelemahan terbesar pelayar ini ialah tidak mempunyai kelajuan yang jitu, adakala menjadi lembab bila beroperasi di pc dan selalu mengalami masalah "crash". Kadang-kadang membuatkan pengguna rasa terganggu dengan permasalahan sebegini.

Permasalahan ini tidak berterusan, malah mempunyai solusinya iaitu dengan menggunakan perisian yang diberi nama "SpeedyFox" untuk meningkatkan kelajuan Firefox & Chrome anda.

Disini disertakan ciri-ciri perisian ini iaitu

1) Mempercepatkan "startup" lebih 3 kali ganda.
2) Melajukan melayari "history".
3) Operasi keseluruhan dengan lebih cepat.
4) Saiz profil yang lebih kecil.
5) Boleh digunakan pada Windows & Mac OS.
6) Beroperasi pada Firefox, Chrome, Skype dan Thunderbird.

p/s: aril dah menggunakannya, dan setelah mengoptimasikan pelayar Firefox & Chrome dengan SpeedyFox, kelajuannya dapat dirasai dan lebih selesa untuk menggunakannya. Jadi apa tunggu lagi, perisian sebegini perlu ada pada pc anda dan ianya percuma!

SpeedyFox for Windows

SpeedyFox for Mac OS\

Wednesday, February 22, 2012

Cara mengintip pengintip - Ghostery!


Pernahkah anda sedari yang anda diintip ketika sedang melayari Internet? Jika tidak, baik anda berhati-hati kerana banyak laman web kini ditanam dengan Web Bug untuk mengintip anda. Sesetengah Web Bug ini tidak merbahaya iaitu sekadar mengawasi anda untuk respon tertentu. Namun ada juga Web Bug yang berselindung disebalik muka web untuk mengumpul maklumat tentang diri anda tanpa anda ketahui.


Tetapi, apakah pula Web Bug? Secara ringkasnya, Web Bug merupakan grafik pada laman web atau pada mesej emel yang direka untuk memantau individu yang mengunjungi laman web atau mesej emel. la selalunya tidak kelihatan kerana saiznya kecil sahaja iaitu kira-kira 1x1 piksel.

Pentadbir laman web menggunakan Web Bug untuk mempelajari lebih lanjut tentang diri anda, apa yang anda lakukan, mana yang anda klik, apa yang anda lihat dan sebagainya. Meskipun anda merasakan dengan memadam Cookie penggunaan Internet boleh membantu menangani masalah ini, namun ia tidak begitu. Memadam Cookie mungkin boleh melindungi privasi anda di Internet tetapi Web Bug masih ada di situ untuk mengintip anda.

Selain memasang perisian sekuriti Internet seperti antivirus dan anti Spyware (iaitu satu kemestian tanpa kompromi), anda juga boleh menambah aplikasi atau Add On ini pada pelayar web anda untuk mengintip si pengintip ini. Ghostery boleh dipasang pada pelayar web Mozilla Firefox secara percuma dan ia membantu memberi amaran sekiranya sesebuah laman web yang anda lawati mengandungi Web Bug.

Muat turun Ghostery pada add-on Firefox.

Sumber Rujukan: Majalah PC Jan 2010

Tuesday, February 21, 2012

4 langkah untuk melindungi komputer anda!


1. Pasangkan firewall dan pastikan ia dihidupkan.

Firewall menolong anda melindungi komputer anda daripada pengodam yang mencuba untuk memadamkan maklumat, merosakkan komputer atau mencuri kata laluan atau nombor kad kredit anda.

Terdapat tiga jenis asas firewall - perisian, perkakasan router dan router tanpa wayar. Perisian adalah perisian keselamatan internet yang ada fungsi firewall, manakala perkakasan router pula membolehkan anda membuat tetapan untuk menghalang sebarang anasir jahat yang dikenalpasti. Begitu juga router tanpa wayar dan ia boleh menghalang segala anasir yang menggunakan laluan rangkaian tanpa wayar.


2. Pastikan sistem operasi anda dikemaskini.

Pengemaskinian perisian sepatutnya menjadi keutamaan kepada keselamatan dan kebergantungan komputer anda. la merupakan perlindungan terakhir daripada aktiviti jahat dalam talian. Pastikan pengemaskinian itu dilakukan berjadual contohnya setiap hari Ahad atau dua minggu sekali.

Untuk mengemaskini sistem operasi anda (Windows) anda boleh pergi ke URL

http://www.update.microsoft.com/windowsupdate/v6/thanks.aspx?ln=en&&thankspage=5


3. Pastikan perisian antivirus anda juga dikemaskini.

Virus dan spyware adalah dua jenis perisian jahat yang anda perlu jauhkan daripada komputer anda. Anda perlukan teknologi antivirus untuk menghalang virus dan anda perlu kemaskini dengan kerap. Tiada sebarang sistem keselamatan yang menjadi 100% selamat.

Anda boleh terus meningkatkan keselamatan komputer anda dan mengurangkan sebarang jangkitan dengan menggunakan firewall, pastikan sistem anda dikemaskini, pastikan anda melanggan perisian antivirus terkini dan ikutilah langkah-langkah penggunaan IT yang baik.

Satu lagi tip mudah : Kerana tiada kaedah keselamatan yang boleh menjamin perlindungan 100%, maka adalah bagus jika anda menyimpan salinan fail-fail utama atau kritikal secara berkala sebelum berhadapan dengan virus atau masalah lain.

4. Pastikan teknologi antispyware anda yang terkini.

Walaupun program spyware berlainan daripada virus, ia boleh bertindak seakan virus dan menghasilkan risiko yang sama. Untuk berlindung terhadap spyware, gunakan perisian antispyware seperti Windows Defender.

Virus dan spyware adalah dua jenis perisian jahat yang perlu komputer anda elakkan. Dapatkan perisian antispyware untuk mengelak spyware dan pastikan ia dikemaskini selalu.

Spyware dan sebarang perisian jahat akan menggugat keperibadian anda, menganggu anda dengan tetingkap popup, memperlahankan komputer anda dan boleh merosakkan komputer anda.

Terdapat beberapa cara melindungi komputer anda dari spyware dan perisian jahat. Langkah pertama adalah menggunakan firewall. Langkah kedua kemaskini perisian anda. Langkah ketiga ubah tetapan pada pelayar web anda internet [internet explorer atau firefox] iaitu mengubah pada Tools > Internet Options > Security.


Sumber: Majalah PC Jan 2010

Saturday, February 18, 2012

Cara salin maklumat web dengan mudah!


Dunia serba canggih ini memerlukan kepantasan. Ya! Kepantasan bertindak dan apa sahaja yang menjimatkan masa pastinya menjadi pilihan. Kalau tidak anda akan terkebelakang daripada orang lain yang berlumba-lumba menjadi yang pertama.

Abaikan cara lama bagi menyimpan dan mencetak maklumat daripada laman web dengan kaedah 'copy & paste' yang kadang kala melecehkan. Masa bagi menyunting informasi yang diperoleh itu ke dalam Word dengan kaedah lama sepatutnya boleh anda gunakan bagi melaksanakan tugasan lain.

Mungkin sesetengah pihak menyatakan laman web ini hanya sebuah lagi laman web dalam talian biasa yang memberikan khidmat secara percuma. Tetapi persepsi itu mungkin sedikit silap. JoliPrint memberikan anda kemudahan yang sememangnya menjadi impian sesetengah pengguna setia dunia tanpa sempadan, yang ingin menyimpan maklumat penting diperoleh di web tanpa perlu pendaftaran, tanpa perlu 'copy paste' serta tanpa memerlukan kaedah lain yang sukar.

Menerusi JoliPrint, kita hanya memuat naik URL laman yang dikehendaki dan JoliPrint akan menukarkan laman web yang anda kehendaki itu dalam format PDF dengan hanya satu klik. Ya kita bercakap tentang menukarkan laman web terus ke format PDF.

Dengan kaedah yang mudah ini, anda bakal menjimatkan masa yang telah terbuang sebelum ini. Dengan satu klik butang 'Joliprint it', laman web format PDF telah tersedia untuk anda. Selain itu. pengguna juga mampu membuat pilihan sama ada mahu terus mencetak, menyimpannya di desktop, ataupun berkongsi maklumat dengan rakan-rakan di laman sosial secara langsung.

Laman web dalam format PdF ini juga boleh menjadi pilihan untuk anda membukanya pada bila-bila masa secara offline dan membaca laman kegemaran di waktu senggang anda. Sesuai untuk kegunaan dan bacaan menerusi tablet yang popular masa kini. Joliprint sahaja semuanya.

Langkah-langkah adalah seperti berikut:-

Langkah 1 >> Sila layari laman web http://joliprint.com/


Langkah 2 >> Masukklan url website yang ingin anda salin dalam format pdf. Kemudian klik butang "joliprint it!"


Langkah 3 >> Setelah itu, ia akan mengambil masa untuk memproses. Apabila selesai, akan tertera perkataan "Saved" bermakna anda berjaya untuk menyimpan fail tersebut.


Langkah 4 >> Kemudian, klik "Click here" dan anda diberi beberapa pilihan sama ada ingin simpan dalam bentuk "Google docs", kongsi dengan rakan-rakan anda melalui laman sosial di Facebook, Twitter dan juga Email. Link juga turut disertakan untuk berkongsi muat turun dengan rakan-rakan.


Langkah 5 >> Selesai! Sekarang anda akan lihat hasilnya yang begitu menarik! Cepat dan kemas tanpa perlu kata apa-apa. Cetak apa jua maklumat di laman web.

Selamat mencuba! ^_^

Nota: Untuk memudahkan penggunaanya, anda boleh layari laman ini http://joliprint.com/bookmark-instructions/ dan terdapat beberapa pemasangan add-on pada pelayar sama ada di IE, Firefox & Safari mahupun Chrome. Install sahaja add-on mengikut pelayar yang anda gunakan.

Sebagai pengguna pelayar firefox, aril diminta untuk klik butang secara kekal dan letakkannya di bawah "Bookmark Toolbar". Hasilnya seperti di bawah ini. Apabila anda melayari sesuatu website dan anda ingin mencetak dan menyimpannya di dalam bentuk pdf, klik sahaja Joliprint yang berada di bookmark anda. Proses menyimpan akan mengambil sedikit masa.


Jadi, aril ingin meminta jasa anda untuk mempromosikan cara mudah ini kepada rakan-rakan anda. Ramai lagi yang masih tidak tahu akan tips ini. Agar sama-sama kita manfaatkannya demi keselesaan kita apabila berada di laman maya yang sedikit sebanyak membantu kerja-kerja kita. Wassalam.

Sumber Rujukan: Majalah PC November 2011

Cara lindungi gambar dengan "watermark"!


Siapa yang tidak suka merakam gambar bukan. Baik menggunakan telefon bimbit, kamera digital, tablet atau perakam lain, gambar meniadi medium penting untuk merakam saat-saat yang dirasakan berharga. la kemudiannya tidak terhad hanya untuk simpanan di komputer. Gambar-gambar yang indah ini pastinya mahu dikongsi bersama individu lain, dan cara paling mudah hari ini yang sering digunakan adalah menerusi perkongsian maya.

Sama ada memuat naik ke laman sosial, blog, forum atau sekadar menjadikan ia wajah profil di talian, semua orang pasti gilakan perkongsian gambar. Mereka mahu setiap masa yang berharga turut dilihat dan dirasai oleh individu penting di sekeliling mereka. Gambar bayi baru lahir, gambar sambutan ulang tahun, gambar konvokesyen, gambar percutian dan banyak lagi yang terlalu sayang untuk disimpan tanpa diperagakan.

Namun, yang menjadi masalahnya adalah, tidak ramai yang mengetahui bahawa gambar-gambar yang dimuat naik ke Internet, boleh disalah gunakan, dieksploitasi, dicun dan bermacam-macam-macam lagi. Kes-kes seperti gambar-gambar yang mempunyai nilai bukan sahaja dari segi peribadi malah gambar foto itu mampu menjana wang. dicuri dan digunakan oleh orang lain yang kemudiannya mendakwa merekalah empunya gambar berkenaan.

Gambar-gambar ini dalam sekelip mata juga boleh dipanjangkan dan dihebahkan ke seluruh rangkaian tanpa pengetahuan anda apabila la disalin, dimuat turun dan digunakan baik untuk tujuan baik-baik atau boleh jadi juga untuk tujuan jahat.

Oleh sebab itu anda memerlukan 'sesuatu' bagi mengesahkan imej itu milik anda dan menghalang pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab daripada merompak karya anda sewenang-wenangnya. Watermark bukan teknik baru, namun teknik ini sering dipandang tidak penting.

Memang kadang kala prosedur untuk meletakkan Watermark pada imej sedikit melecehkan terutama untuk yang kurang mahir dalam menggunakan perisian suntingan gambar seperti Adobe Photoshop atau perisian profesional yang lain. Tidak kena caranya, imej pula yang akan terjejas.

Tetapi dengan laman aplikasi dalam talian watermark-images.com, anda hanya perlu beberapa langkah mudah dan imej itu akan ditandai dengan penanda khas anda sepenuhnya, percuma. Mungkin limitasinya, hanya penanda teks yang boleh dimuatkan pada gambar anda. Terdapat juga servis Watermark talian lain yang menggunakan imej atau logo. Tetapi Watermark dalam bentuk teks sebenarnya adalah sebuah Watermark yang paling mudah dan paling berkesan untuk dihasilkan, serta di watermark-images.com ia memang ringkas.

Anda juga boleh mengubah teks, jenis tulisan, warna. kadar transparensi dan kedudukan Watermark. Terdapat juga tambahan beberapa aplikasi lain yang dapat memenuhi selera anda untuk menempatkan Watermark tanpa menjejaskan 'kejelitaan' gambar anda. Jika anda seorang yang menghargai hasil karya dan ingin melindungi foto berharga, anda patut mencubanya kerana ia akan memberikan anda tahap keselamatan yang lebih meyakinkan agar gambar anda tidak dieksploitasi di talian.

Anda mempunyai limit saiz fail sehingga 10MB setiap satu dan diberikan kelebihan untuk memuat naik sehingga 20 imej sekali gus bagi ditandakan dengan Watermark dalam satu masa. Ini akan menjimatkan masa anda di samping hasilnya amat memuaskan.

Gambar-gambar ini dalam sekelip mata juga boleh dipanjangkan dan dihebahkan ke seluruh rangkaian tanpa pengetahuan anda apabila ia disalin, dimuat turun dan digunakan baik untuk tujuan baik-baik atau boleh jadi juga untuk tujuan jahat.

Jom ikuti langkah-langkah berikut:-

Langkah 1 >> Sila layari laman web http://watermark-images.com


Langkah 2 >> Masukkan "Watermark Text" di dalam kotak yang disediakan. Kemudian, pilih gambar yang ingin anda jadikan sebagai imej watermark anda dan klik pada "Upload Images". (20 gambar maksimum anda boleh muatkan watermark secara serentak).


Langkah 3 >>  Sila ubah "Font Properties", "Position of watermark", "Special effects" dan juga "Box around text" mengikut kesuaian anda. Kemudian klik "Watermark Your Images" untuk imej anda diproses.

Langkah 4 >> Hasilnya adalah seperti berikut. Anda boleh ubah "watermark" ini mengikut citarasa anda.

Semoga berjaya! ^_^

Sumber Rujukan: Majalah PC Disember 2011

Friday, February 17, 2012

5 langkah lajukan Windows pada PC!


Untuk entri kali ini, aril ingin kongsikan serba sedikit tips untuk melajukan windows anda tanpa perlu untuk membawanya ke kedai untuk mengatasi masalah lembab pc (bazir duit) tanpa tahu apa masalah yang sebenarnya dihadapi. Sebut sahaja mengenai penjagaan pc, perkara yang seharusnya diambil penekanan ialah dari segi penyenggelaran pc secara tetap. Majoriti pengguna pc seringkali tidak mengambil endah bagaimana windows pc beroperasi. Bagaimana perkataan "lembab" itu boleh hadir pada pc mereka. Mereka tahu untuk menggunakan iaitu membuat kerja-kerja pejabat yang bersangkutan dengan pc, melayari internet, meletakkan fail secara pukal di pc, proses menghantar fail melalui ftp dan lain-lain.

Tetapi mereka tidak hiraukan prestasi pada pc! PC ini merupakan sistem. Ia perlu diselenggara selalu. Seperti manusia juga, untuk memiliki badan yang sihat, kita perlu bersenam dan bersukan untuk mengelakkan prestasi kita berkurangan. Sama juga halnya dengan pc, perlukan senaman (penyelenggaran) yang rapi. Sekiranya tidak, prestasi PC anda makin berkurangan pada sesuatu tempoh masa sekiranya tiada penyelenggaraan yang dilakukan. Perkara ini penting untuk meningkatkan jangka hayat pc pada masa yang mendatang. Justeru, untuk menangani masalah kurangnya prestasi pada pc, beberapa langkah perlu diambil perhatian selain untuk melajukan windows anda!

Langkah 1 >> Gunakan tool Disk Space percuma ataupun secara berbayar. 

Untuk menghapuskan junk files dan program-program yang tidak berguna dari komputer anda. Antara tool-tool yang menjadi kegemaran aril ialah Ccleaner 3.15 dan juga Tune Up Utilities 2012! tidak kurang hebatnya juga produk Advanced SystemCare Pro! kedua-duanya merupakan utiliti baik yang perlu berada di dalam pc anda. Antara fungsi-fungsi perisian ini adalah seperti berikut:
  • Membuang temporary files internet.
  • Mengosongkan recycle bin.
  • Membuang temporary files pada windows.
  • Membuang program install yang tidak berguna.
 Ccleaner

 Tune Up Utilities

Langkah 2 >> Melaksanakan Hard Disk Defragmentation secara berkala. 

Bagaimana? anda boleh menggunakan disk defragmenter yang tersedia ada dalam windows anda. Tool ini digunakan untuk merawat hard disk dari file yang terfragmentasi. File yang terfragmentasi akan mengurangkan space pada hard disk dan akan memperlambatkan sistem. Cara kerja disk defragmenter adalah menata kembali file-file yang terdapat pada hardisk. Cumanya apabila menggunakan defragmentation pada windows secara percuma, ia mengambil masa untuk melakukan kerja. Anda boleh menggunakan software seperti Smart Defrag, Tune Up Utilities 2012 pun ada menyediakan tool ini dan rasa sudah cukup cekap untuk melakukan defragmentasi pada harddisk anda.

 SmartDefrag

Tune Up Utilities

Langkah 3 >> Membersihkan registry pada windows. 

Ia memainkan peranan utama dalam meningkatkan kelajuan komputer anda. Malangnya, Windows tidak memberikan apa-apa tool yang dibina untuk membersihkan registry. Jadi, anda perlu menggunakan pembersih komersial yang berdaftar seperti Paretologic PC Health Advisor ,SysRegClean Pro, System Mechanic Pro untuk melakukannya dengan cekap. Setiap kali apabila anda menginstall atau membuang program, atau melakukan perubahan pada PC, masukan baru atau "new entry" akan dimasukkan pada registry anda. Banyak key yang masuk dan dibuang dan masuk semula menyebabkan key ada yang invalid dan tidak berguna pada registry. Ia menyebabkan registry anda tersumbat atau terkumpul! kesan yang akan berlaku ialah prestasi pc akan berkurangan dan berisiko untuk berlakunya "error messages" dan "system crash". Justeru, lakukan sekerap mungkin aktiviti membersihkan registry ini.

Paretologic PC Health Advisor

SysRegClean Pro

Langkah 4 >> Membuang program yang tidak berguna semasa startup.

Klik START dan tulis "msconfig" pada kotak RUN dan klik Enter. Akan keluar kotak System Configuration dan klik pada Startup seperti di bawah:-


Untick apa jua program yang dirasakan tidak berguna untuk beroperasi semasa startup. Semakin banyak program yang tidak bekerja sewaktu startup, semakin lajulah kelajuan pc anda. Nampak seperti hipotesis, lebih kurang la...

Langkah 5 >> Mengesan program Malware seperti virus dan spyware.

Bagi pengguna windows, anda tidak akan lari daripada menjadi mangsa virus. Potensi virus untuk merebak pada windows adalah sebanyak 99%! Disebabkan itulah syarikat-syarikat antivirus kaya raya apabila antivirus mereka mendapat pasaran yang meluas. Pencipta virus akan mula mencipta pelbagai virus pada windows dan tidak kepada pengoperasian sistem yang lain. Mereka tahu pasaran os yang terhebat ialah windows. Hampir majoriti di dunia ini ialah pengguna windows. Harga virus di windows akan melambung tinggi bergantung kepada kehebatan virus itu dan ini adalah hasil sumber pendapatan mereka.

Justeru, jadilah pengguna yang bijak dalam menangani masalah virus pada windows. Kehadiran virus ini mampu untuk menurunkan prestasi pc anda ketahap yang sangat teruk. Oleh itu, anda disarankan untuk mempunyai antivirus yang baik dan sentiasa dikemaskini untuk menghalang daripada serangan malware. Aril sarankan anda untuk menggunakan sama ada Eset Smart Security 5, Norton Antivirus 2012, ESET NOD32 Antivirus, Kaspersky Antivirus 2012 dan untuk pencegahan malware perlu ditambah dengan perisian ini, Malwarebytes Anti-Malware Pro...Selamat mencuba!^_^

Trend Micro Titanium Internet Security

Malwarebytes Anti Malware

Cara crack IDM secara manual!

Sebelum ini, kita telah mempelajari cara untuk crack Adobe secara manual! di halaman ini..
www.software4dummies.net/2012/02/cara-crack-perisian-adobe-secara-manual.html
Masih lagi bertopikkan crack dan kini kita cuba crack idm pula secara manual!

Seperti yang sedia maklum, IDM merupakan pengurus muat turun Internet yang terbaik dan ia bukan merupakan perisian percuma! sudah pasti rata-rata daripada anda merupakan penggemar IDM. Cukup mudah untuk digunakan dan sangat mesra pengguna. Jadi bagaimana anda hendak mendapatkannya di dalam versi yang penuh? Kebanyakan IDM yang dikongsikan mengandungi patched atau cracked yang mungkin mengandungi virus! Untuk langkah berjaga-jaga, anda boleh menggunakan kaedah ini yakni bebas tanpa virus dan ia dikelolakan oleh anda sendiri!

Anda boleh mendownload perisian IDM yang asli di sini:- www.internetdownloadmanager.com terlebih dahulu. Kemudian, kita ikuti langkah-langkah berikut:-

Langkah 1 >>  Sila muat turun IDM trial di laman web yang aril sertakan di atas dan install seperti biasa. Bagi yang sudah mempunyai IDM, anda juga turut berkesempatan untuk mengupdate versi yang terbaru!

Langkah 2 >>  Sila ke butang START, kemudian salin seperti di bawah pada kotak RUN dan klik Enter.
notepad %windir%\system32\drivers\etc\hosts
Langkah 3 >> Sekiranya anda berjaya untuk melepasi hak sebagai admin, akan muncul kotak hosts file dalam bentuk notepad. Sekiranya tidak, anda perlu mendapatkan kebenaran admin untuk melakukannya. Bagaimana? sekarang klik kanan file hosts dan pergi ke properties, kemudian pergi ke security tab dan pilih akaun admin anda, dan dibawahnya kelihatan butang edit. Paparan adalah seperti berikut:-


Klik pada edit button, dan akan keluar kotak Permission for hosts, sila klik pada Users akaun dan dapatkan keizinan melalui Permission for Use dengan cara tick "Allow" Name dan tekan Ok. Jangan tick sebarangpun pada "Deny". Paparan adalah seperti berikut:-


Langkah 4 >> Sekarang, file notepad anda akan jadi seperti di bawah ini.


Sila salin baris kod di bawah ini dan letakkan di dalam file hosts berikut. Paparan seperti di atas.
127.0.0.1 tonec.com
127.0.0.1 www.tonec.com
127.0.0.1 registeridm.com
127.0.0.1 www.registeridm.com
127.0.0.1 secure.registeridm.com
127.0.0.1 internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 www.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 secure.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 mirror.internetdownloadmanager.com
127.0.0.1 mirror2.internetdownloadmanager.com
Kemudian, setelah selesai salin, sila save notepad ini dan keluar daripada sini.

Langkah 5 >> Sekarang, sila buka IDM yang anda telah install dan masuk ke bahagian registration. Satu dialog box akan muncul dan meminta untuk anda masukkan Name, Last Name, Email Address dan juga Serial Key.


Langkah 6 >> Masukkan Name, Last Name, Email Adress dan serial key boleh dapatkan di bawah ini.
RLDGN-OV9WU-5W589-6VZH1
HUDWE-UO689-6D27B-YM28M
UK3DV-E0MNW-MLQYX-GENA1
398ND-QNAGY-CMMZU-ZPI39
GZLJY-X50S3-0S20D-NFRF9
W3J5U-8U66N-D0B9M-54SLM
EC0Q6-QN7UH-5S3JB-YZMEK
UVQW0-X54FE-QW35Q-SNZF5
FJJTJ-J0FLF-QCVBK-A287M
Kemudian, klik butang register!

Langkah 7 >> Setelah menekan butang register, anda diberitahu bahawa IDM anda telah berjaya didaftarkan.
Sekarang, mulakan IDM dan anda berjaya menukarkan IDM anda kepada versi penuh! dan apabila anda ingin update IDM ini pada masa yang akan datang, ia tidak menjadi masalah dan ia akan kekal versi penuh untuk seumur hidup.

Paparan ini adalah bukti berjaya mendaftar IDM ini kepada versi penuh!


Nota: Untuk mengupdate versi IDM yang baru, anda harus kembalikan hosts file anda kepada yang asal bermakna baris-baris kod yang ditambah sebelum ini haruslah dibuang terlebih dahulu untuk proses mengemaskini versi. Setelah anda menginstall versi yang baru, anda boleh ikut semula kaedah yang diterangkan daripada mula hingga akhir untuk crack IDM pada versi yang terbaru pula. Selamat mencuba!^_^

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate