Friday, July 29, 2011

Cara guna "Private Browsing" di Firefox, Chrome & lain-lain!

Salam sejahtera kepada pengunjung sekalian, terima kasih kerana mengunjungi. Entri kali ini bertopikkan "Private Browsing". Aril ingin mengambil kesempatan ini untuk berkongsi kegunaan "Private Browsing" di firefox, Chrome & lain2. Baca sekiranya anda pengguna internet yang prihatin.

"Privasi adalah hak milik anda!"

Ramai antara kita masih terlepas pandang atau tidak mengambil tahu akan hal ini. Kebanyakan pengguna hanya tahu bukak sahaja pelayar (firefox, chrome, dll) lalu secara terus melayari internet. Itupun sudah memadai bagi mereka. Tetapi tidak bagi pengguna yang memikirkan keselamatan ketika melayari internet. Banyak risiko yang akan timbul apabila menggunakan servis internet. Termasuklah laman2 web yang anda lawati.

Sejak mozilla, chrome mula diperkenalkan, aplikasi ini sudah wujud. Cumanya ia kurang diketahui umum, dan kebanyakan pengguna masih "blur" dengan fungsi "private browsing" ini. Justeru aril akan terangkan secara ringkas mengenai penggunannya yang sangat bermanfaat demi mengelakkan sebarang risiko terutama sekali digodam melalui cache/history di pelayar anda.

Apakah yang dimaksudkan dengan "Private Browsing"? Aril boleh ringkaskan ia sebagai aplikasi untuk kegunaan privasi pengguna. Aplikasi ini membolehkan anda melayari internet tanpa perlu risau history, cache, password yang disimpan di dalam browser. Selesai sahaja anda melayari internet menggunakan aplikasi ini, segala yang tersimpan akan dibuang secara automatik setelah anda tutup tetingkap browser. Risiko untuk anda di"trace" atau dijejaki akan berkurangan. 



Apa yang menarik mengenai "Private Browsing"? yang paling best bila guna aplikasi ini, aril boleh buat "multiple account" pada masa yang sama, terpulang la anda nak bukak laman Nuffnang, Adverterts, Innity, Facebook, dll secara "multiple account". Ia juga turut membantu sekiranya anda menggunakan pc di cybercafe ataupun laptop member2. Mana la tahu member anda mempunyai niat yang kurang baik. Aril ni baik2 je oke! peace. Tidak kira sesiapa pun, privasi anda seharusnya dijaga. Anda dapat mengelakkan daripada sebarang cache/pass disimpan di pc/laptop bukan milik anda.

Rasanya ia sesuai digunakan kepada mereka yang suka "online" tanpa perlu merisaukan apa2 risiko yang berlaku termasuklah "history" yang disimpan pada browser. Secara tak langsung, orang tidak dapat kesan apa yang anda layari di browser. Mana nak tahu bukak benda pelik2. Ehem..ia juga sesuai digunakan di mana2 sahaja. Tak perlu risau nk "clean history" secara manual. Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua. Dah kenal "private browsing"? sebut alhamdulillah, anda sudah mengenalinya. Aril nak tunjukkan sedikit screenshot untuk buka "private browsing" di Firefox. Jom lihat screenshot pula!


 Selamat mencuba rakan2 sekalian! aril hanya berkongsi apa yang aril tahu. Nantikan pula entri berkaitan "cache" pula selepas ini. Banyak lagi yang harus dikongsikan. Semoga anda terus setia bersama software4dummies. TQ atas sokongan anda semua!^_^

10 comments:

  1. Lebih selesa Private Browsing..
    Tak kisah dah kalau orang lain nak guna lappy nih..

    Kenangan Apabila Umur Mencecah 50

    ReplyDelete
  2. My Name is Mar..baguslah sekurangnya kt tahu menggunakannya:)

    aplikasi ni secara kseluruhan sangat berguna!=)

    ReplyDelete
  3. ade2mama..TQ!

    teruskan sokongan anda oke!=)

    ReplyDelete
  4. always ok :) heheh..
    nk kte bt sepanduk kew? heheh
    graw2:)

    ReplyDelete
  5. untuk chrome xde? jwb kat chatbox syaz ek.

    ReplyDelete
  6. ade2mama..

    hehe..bole jgk..nnti buatkan sepanduk satu tuk blog nie..hahaha..guraw je..

    ReplyDelete
  7. kalau ada tolong ajarkn...

    ReplyDelete
  8. tolong ajarkan? hehe..benda ni mmg da ada pada browser..so mudah untuk melayarinya:)

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate