Sunday, July 31, 2011

Aril tidak berdaya lagi...

Pada pagi ini, aril masih tidak berdaya lagi..tidak berdaya untuk membalas kunjungan para sahabat yang tidak jemu2 untuk singgah di shoutmix. Bukannya untuk aril tidak melayan lagi apa sahaja chat yang ditinggalkan, cumanya aril mempunyai komitmen yang terpaksa untuk tidak melayani sebarang chat. 
Sudah 2 hari aril terpaksa meninggalkan kotak shoutbox disebabkan fokus membuat entri2 yang baru. Tidak ketinggalan juga mempunyai komitmen peribadi. Pada hari ini, tepat jam 2.40 am aril memohon maaf kepada rakan2 sekalian diatas terpaksa untuk kurangkan melayani chat di shoutmix. 

Kini, aril merasai bagaimana mempunyai follower yang ramai sehingga mencecah seribu. Apatah lagi blogger2 yang mempunyai beribu-ribu follower seperti Abg Ben, Yuyu, Hanis Zalikha, Mamat, Adamxis dan ramai lagi. Lihat bagaimana mereka terus gagahkan diri untuk melayan kesemua follower mereka dengan baik. Sehingga ada yang kena rajin buat macam2 segmen, kena update entri selalu, giveaway, pertandingan, review dan banyak lagi semata untuk menarik perhatian follower mereka.

Hampir 2 bulan blog ini beroperasi, aril dikira sebagai blogger yang aktif buat masa ini. Bayangkanlah daripada nilai ranking sebanyak 28 juta, juga digeruni oleh blogger baru dan kini 350 ribu sahaja  dalam masa tidak sampai 2 bulan. Pada pandangan aril, ia bukan sesuatu yang sia2. Pelbagai faedah yang boleh diperolehi melalui blog ini terutamanya ILMU yang dikongsi! duit yang kita dapat adalah sampingan sahaja. Ingat tujuan sebenar kita berblogging. Memang niat aril untuk kongsikan minat di blog ini iaitu semuanya berkaitan "software". Tidak lokek juga untuk berkongsikan tips2 komputer yang perlu diketahui.

Ramai antara blogger2 baru yang selalu mengimpikan duit dari blog yang dihasilkan. Bukan mudah sebenarnya untuk melakukannya, sekiranya anda mempunyai azam yang kuat, sudah tentu anda akan buat yang terbaik untuk blog anda. Sentiasa mengemaskini entri, selalu mendapatkan reaksi pengunjung mengenai blog anda, Sekurang-kurangnya anda tahu dimana kekurangan yang perlu diperbaiki. 

Apabila sudah mencapai beribu follower, anda akan merasai suatu kenikmatan iaitu berjaya mencapai follower yang banyak. Tidak kurang juga kepenatan yang diperolehi. Aril baru sahaja blogwalking kesemua pengunjung yang tinggalkan chat di shoutmix. Itulah perkara biasa yang aril akan lakukan. Hampir 5 page di shoutmix yang belum berusik (maksudnya belum blogwalking). Dan alhamdulillah telah berkunjung ke blog mereka.

Nak tahu berapa lama untuk menyiapkan blogwalking dalam 5 page itu? hampir 2 jam dengan tahap kelajuan internet yang kurang memuaskan (tak mampu nak beli unifi). Justeru, aril meminta maaf sangat2 kepada anda semua kalau lepas ni terpaksa tidak melayan chat di shoutbox atas sebab kesibukan. Ada masa aril jenguk tengok dan blogwalking. 

Cumanya berbeza seperti biasa yang aril lakukan. Juga kepada yang menjadi "follower" di blog aril, aril akan jadi follower anda juga. Tiap2 kali aril akan check muka2 baru di follower. So, tak perlu risau pasal benda tu. Aril akan cuba menghargai segala usaha anda untuk megenali diri ini, juga menjadi sahabat di blog ini. Ikhlaskan hati untuk menjadi blogger yang prihatin daripada blogger yang mempunyai tin kosong sahaja. 

Semoga anda teruskan sokongan di blog ini. Aril akan cuba lakukan yang terbaik oke!

 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ^_^

9 comments:

  1. tahniah....semoga terus sukses dlm dunia blogging nie...

    ReplyDelete
  2. Iqah QaQa..TQ! sudi baca entri ni:)

    ReplyDelete
  3. Terbang Bersamaku..terima kasih2! mudah2an..u too!=)

    ReplyDelete
  4. Ahmad Uzair..hehe..mesti la..nk duit raya lebeyh;)

    ReplyDelete
  5. ish..mana ada..biasa2 jela Iqah Qaqa:)

    ReplyDelete
  6. uhuuhhuhuuu..glew la arill.hidup melayu..yg baru2 ny jgn plax kjar popular..rilex jew..nty lme2 power la hehe

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate