Saturday, July 2, 2011

10 Teknologi Canggih 2011?

Apple iPad 
Setelah bertahun-tahun komputer tablet gagal dipopularkan oleh Microsoft, Apple menjadikan 2010 sebagai awal kebangkitan komputer tablet. Steve Jobs Kenalkan iPad, Apple tak memindahkan semua fungsi laptop ke dalam tablet ini, namun secara bijak membawa aspek-aspek hiburan ringan seperti video, muzik, game,internet dan buku atau Quran digital ke dalam iPad.

>AR Parrot drone

AR Parrot Drone adalah pesawat mainan generasi mutakhir yang sangat canggih. Tak seperti pesawat berkendali jarak jauh lain ia memanfaatkan iPhone dan iPad sebagai pengawal melalui jaringan Wi-Fi.

Neato X-11
Neato X-11 adalah robot pembersih rumah yang murah dengan teknologi yang canggih. Robot ini menggunakan sistem laser untuk memetakan lantai yang hendak dibersihkan.



Martin Jetpack 

Martin Jetpack adalah kenderaan masa depan yang mampu membawa penggunanya melayang ke udara bagaikan James Bond. Sebelumnya seorang penemu asal New Zealand menghabiskan hampir 30 tahun mengembangkan ‘pakaian jet’ sejenis yang kurang praktis, bernama Bell Rocket Belt, pada tahun 1961.




Semen Karang Calera
Seorang pakar biologi kelautan bernama Brent Constantz kemudian membuat sebuah semen dari batu karang dengan menambahkan kombinasi kalsium dan karbonat. Hasilnya, semen karang ini tak kurang dibandingkan dengan semen biasa.
Solar Impulse HB-SIA
Solar Impulse HB-SIA adalah pesawat bebas emisi yang mampu mengudara sehari semalam, atau tepatnya selama 26 jam, 9 menit 10 detik. Pesawat yang dikuasakan oleh empat motor listrik berkapasiti 10 tenaga kuda yang dibekalkan oleh sel suria dan bateri polimer lithium.Pesawat yang boleh mencapai ketinggian 28.500 feet (8.686,8 meter) itu merupakan pesawat pertama yang boleh terbang semalaman dengan kekuatan suria yang dikumpulkan selama seharian. Pesawat ini memberikan harapan adanya pengangkutan cepat yang tidak bergantung pada bahan bakar fosil.



3-D Bio Printer
Invetech dan Organovo perusahaan yang bermarkas di San Diego AS, berhasil mengembangkan printer dot matriks untuk menghasilkan lapisan tubuh atau organ tubuh manusia.


Straddling Bus
 
The straddling bus atau bas kangkang dicipta penemu asal China, YouZho Song, dipercayai mampu memberikan penyelesaian yang kukuh dari kesesakan lalu lintas yang dialami oleh banyak bandar-bandar besar di seluruh dunia.


Terrafugia Transition
Terrafugia Transition adalah kereta pesawat dicipta para saintis MIT yang akan mendefinisikan semula konsep perjalanan cepat jarak jauh, terus dari pintu ke pintu. Kereta terbang ini dijual lebih murah dari sebuah Lamborghini - dengan harga U $ 200 ribu itu, dikuasakan mesin yang mempunyai kekuatan 100 kuasa kuda dan dilengkapi dengan "parachute" dan beg udara untuk keselamatan.


 X-51A Waveride
Beberapa dekad lalu, akhirnya tentera AS mampu mengembangkan senjata yang mampu menghilangkan hambatan pada kelajuan dan ketepatan sasaran. X-51A WaveRider ciptaan Pratt & Whitney Rocketdyne / Boeing mengukir rekod ketahanan sebuah mesin scramjet (dengan mesin berkelajuan roket yang mampu mengompres udara di atmosfera).

7 comments:

  1. serba canggih tu..dahsyat =)

    jemputan ke Contest Aku Berpuisi =)

    ReplyDelete
  2. straddling bus 2 yg besh 2...
    xde lar nk mnunggu bas nk benti ke pe...

    ReplyDelete
  3. Courfeylia..kangkang x tahan tuwh =))

    ReplyDelete
  4. macam tak logik pun ader, tapi hakikatnye, manusia semakin maju dan semakin TUA

    ReplyDelete
  5. rebellion..

    kt jela semakin tua..eheh:D

    ReplyDelete
  6. You could be qualified to get a Apple iPhone 7.

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate