Tuesday, July 19, 2011

Kesal duit blog hasil gambar lucah!

Salam sejahtera pengunjung sekalian, pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa entri ini cuba aril utarakan. Bukan untuk mencari publisiti murahan, tetapi rasa perlu untuk menegur sesama blogger. Aril sebelum ini sudah cukup kesal dan kecewa dengan tindakan blogger tersebut. Mereka ini cuba menggalakkan pengunjung melihat benda-benda yang boleh mendatangkan kemaksiatan seperti gambar seks (termasuklah yang mendedahkan aurat) sebagai posting blog.

Walaupun aril ini tidak cukup ilmu untuk membahaskan sesuatu tetapi ianya jelas lari daripada islam yang sebenar. Mereka mungkin akan berkata begini "Ini belog ak, ak punya suka la nak letak apa sekalipun" ataupun "apa hak kau nak tegur2 ak". Ini hanyalah yang bermain di fikiran sahaja. Aril rasa tidak mampu untuk mengatakan secara berhadapan, dan mungkin inilah rasanya tindakan bijak yang mampu aril lakukan supaya tidak mengguriskan hati sesiapa sahaja. Pengajaran buat aril jugak yang sentiasa memastikan tiada unsur tidak sihat kepada anda dan lain-lain dari blog ini. Ingat, segala yang kita usahakan sudah pasti inginkan hasil yang "baik". Anda mesti tidak mahu sekiranya pengunjung berniat singgah di blog anda semata untuk gambar lucah itu. Sekiranya berniat sebegitu, adakah hasil duit yang kita terima itu adalah dari sumber yang baik?

Sudah lama aril perhatikan, tetapi masih tiada perubahan yang dilakukan. Nampaknya tiada kesedaran pada pemilik blog tersebut. Aril tidak dapat nafikan bila sahaja hasil usaha berblog akhirnya membuahkan hasil, seterusnya kita mencapai tahap kepuasan yang dimahukan. dan membuatkan kita lebih bersemangat memikirkan cara posting yang lebih menarik. Bermulalah "strategi" menyerang minda anak-anak muda melalui posting yang menggalakkan jiwa anak muda.

Sampai bila harus jadi sebegini? sampai bila anak muda kita harus dididik sedemikian rupa? andalah penentu masa depan mereka, bukan merosakkan mereka dengan benda-benda sebegini. Banyak lagi ilmu yang boleh dikongsikan bersama mereka, kenapa jalan ini yang anda pilih? adakah semata kerana "hasil" berlipat kali ganda yang anda dapat? tepuk dada tanya selera...duit itu hanya sampingan. ia akan jadi hasil yang "baik" sekiranya kita gunakan di saluran yang betul.

Justeru, aril menyeru kepada blogger sekalian untuk bersama-sama menjauhkan perkara yang tidak sihat ini. Walaupun ada diantara kita adalah blogger tegar, tidak perlu gunakan taktik tidak sihat untuk memiliki hati pengunjung. Terdapat banyak lagi cara/strategi lain boleh digunakan. Yang pasti ia bersumberkan yang baik, dan hasilnya pasti baik. Anak muda adalah harapan kita semua. Jom sama2 aril menyokong kempen ini...

 Anda bijak jauhi zina..

 Ikhlas daripada aril..semoga bermanfaat..wassalam

13 comments:

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate