Sunday, July 31, 2011

Cara simpan fail di dalam gambar!

Salam sejahtera kepada pengunjung sekalian, anda pasti tertunggu untuk trick apa yang cuba aril kongsikan. Untuk entri ini, aril akan tunjukkan cara bagaimana untuk mencantumkan gambar dengan fail anda. Bagaimana caranya? Langkahnya memerlukan anda fokus untuk mendapat hasil yang memuaskan. Ada kala tidak menjadi. Tapi tak mengapa, cuba sampai berjaya oke! usaha tangga kejayaan.
 So, aril da sediakan tutorial bergambar dan akan menerangkan bagaimana untuk melakukannya. Jom ringankan tangan, buka mata luas2 untuk mencubanya..aril akan cuba terangkan secara teliti supaya anda lebih mudah faham dan dapat ikuti langkah2 yang dibuat.

Ini adalah fail yang aril akan cantumkan bersama gambar (aril.txt)

 Ini adalah dokumen yang diperlukan untuk menyimpan fail di dalam gambar:-
1) Folder kosong (New folder)
2) Notepad kosong (New Text Document)
3) Fail untuk digabungkan bersama gambar (aril.txt)
4) Gambar yang akan digabungkan bersama fail (aril.jpg)

Jadikan fail untuk digabung tadi di dalam bentuk fomat .rar
Kepada yang belum memiliki winrar, boleh dapatkan disini:-


Ini adalah kesemua dokumen yang anda ada setakat ini setelah fail aril diubah daripada .txt kepada .rar.

Masukkan ketiga-tiga fail di kotak kuning ke "New Folder" yang berada di dalam kotak merah.

Sila klik dua kali pada "New Folder". Klik pada "New Text Document".

Sila copy & paste kod di bawah ini pada "New Text Document" yang dibuka tadi :-

@echo off
copy /b aril.jpg+aril.rar software4dummies.jpg
del aril
del aril.jpg
del aril.rar
del aril.bat

Kotak merah : Nama gambar yang ingin digabungkan (aril.jpg)
Kotak biru : Nama file .rar yang ingin digabungkan (aril.rar)
Kotak ungu : Nama gambar yang akan dihasilkan selepas proses gabungan (software4dummies.jpg)
Kotak hijau : Nama file notepad yang akan di "save as" (aril.bat)

Klik "File - Save as" pada "New Text Document" dan tukarkan "File name" kepada aril.bat

Sila delete file "New Text Document" yang kosong ini daripada folder anda.

Klik dua kali pada file aril.bat

Lihat hasilnya. File aril.jpg telah digabungkan bersama aril.rar dan menghasilkan file software4dummies.jpg
Hebat kan! Jangan risau..file anda tidak hilang. Ia masih berada di dalam software4dummies.jpg

Sila right click pada file software4dummies.jpg, pegi ke "Open with", dan klik pada WinRaR archiver

Kotak winRaR anda akan keluar bersama fail yang disimpan pada awal2 tadi (aril.txt)

Macam mana? best tak..semoga anda semua dapat buat dengan jayanya..aril cuma kongsi apa aril tahu..dan jangan lupa untuk mempromosi blog ni dengan rakan2 lain ea. Terima kasih atas sokongan anda semua! Sekiranya dah berjaya tu, rajin2 la komen ea..hehe

Selamat Mencuba! ^_^


10 comments:

  1. ehem2.. i follow.. view my blog?

    ReplyDelete
  2. complicated lak..hehe..nak cuba.

    ReplyDelete
  3. yani..step ni da diringkaskan sebaik mungkin..hehe..klu x paham jugak tak tahu la:P

    ReplyDelete
  4. boleh selitkan virus sekali dlm picture tu..
    hehe

    ReplyDelete
  5. hehe..boleh je..tp x baik utk kesihatan..tats why selitkan fail2 je..pndai2 la nk guna;)

    ReplyDelete
  6. best2 tutorial ni..

    nkkk try buat...:)

    ReplyDelete
  7. mrs.asrafovic..

    hehe..cuba2..rugi tak cuba..mmg best:)

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate