Saturday, July 23, 2011

B.E yang pertama!

Alhamdulillah setelah hampir sebulan lebih blog softwarefordummies.blogspot.com beroperasi, akhirnya membuahkan hasil yang begitu menyeronokkan. Mungkin ini adalah bonus untuk hari raya yang akan tiba. Terima kasih terutama kepada pengunjung blog yang tidak jemu untuk jenguk disini dan setinggi penghargaan buat pengiklan B.E yang pertama di blog aril, iaitu syarikat MAXIS-Merah menyala oh jantungku!


Mungkin ada diantara anda masih tidak mengenali kempen Buffered Earnings (B.E) ini terutama bagi blogger yang masih baru dalam arena blog. Justeru, aril akan cuba ringkaskan sebaik mungkin segala yang berkaitan B.E seperti yang selalu digembar-gemburkan oleh otai2 blogger bagi edisi aril sendiri. Untuk entri ini, belum tiba masanya lagi. Aril akan kongsikan pada entri khas di dalam page tutorial blog & Nuffnang. Nantikan..


Tanpa segan silu, aril hendak tunjukkan B.E yang pertama aril terima. Ini adalah bukti B.E sedang berkempen di blog ini. Diharapkan anda jelas bagaimana untuk tahu bahawa ada B.E di blog anda.

Agak terkejut sebenarnya bila aril bangun di awal pagi dan meng"update" di laman Nuffnang. Tiba-tiba sahaja muncul B.E yang selalu diidam-idamkan para blogger. Terima kasih kepada pihak pengiklan kerana percaya dengan segala yang diberikan di blog ini. Terdapat banyak pengalaman aril bersama Nuffnang, sama ada pahit atau manis kami lalui bersama. Nampak romantik kan? 

Aril takkan merasa bangga dengan apa yang diperolehi, semuanya bermula daripada kesungguhan blogger itu sendiri. Jangan mudah merasa cepat kalah, kelak tidak dapat apa-apa hasil yang anda idamkam. Cuma penuh dengan tin kosong sahaja.

Harapan aril supaya kita saling tolong-menolong antara blogger semua, tiada apa yang rugi jika kita bersifat mementingkan diri. Insyallah selagi aril terdaya untuk meluahkan apa sahaja ilmu yang ditimba, aril takkan lokek untuk manfaatkan bersama anda. oke!^_^

Sila berikan komen seikhlas hati anda..

14 comments:

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate