Saturday, August 13, 2011

Kenyataan rasmi "maaf" daripada pihak GaySec kepada pihak umum dan Arlene Tan

Petikan ini diperoleh melalui laman gaysec sendiri...diharapkan anda tidak menyebarkan berita bahawa "arlene tan adalah Sitt Al Wuzara" untuk mengelakkan fitnah berterusan. Mereka ini masih budak2 lagi, dan banyak lagi yang harus diperkemaskan lagi. Semoga gaysec akan terus sukses mencari siapakah Sitt Al Wuzara yang sebenarnya. Gaysec juga berusaha murni untuk membongkar segala laman web yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Jom ikuti permohonan maaf secara esklusif oleh Gaysec..


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

kami mengaku informasi yg kami terima dari pelbagai sumber (anonymous) ini tidak disemak terlebih dahulu dimana akhirnya informasi tersebut telah membawa kepada rujukan yg salah terhadap mangsa (Arlen Tan) dan bukan target kami yg sebenarnya.

Dikesempatan ini kami ingin memohon maaf kepada Arlen Tan dan pihak2 penyokong beliau. Kami amat berasa kesal atas apa yang berlaku. Namun begitu kami amat berharap agar Arlene boleh mendapatkan kaunseling dari Jabatan Agama Islam mengenai kekeliruan agama yg dihadapinya.

Berkenaan dgn ops3 ini pula..kami tidak akan melepaskannya(release) secara umum. Dimana ianya tidak bersifat peribadi pada individu2 tertentu, tetapi lebih menjurus kepada pertubuhan sesebuah organisasi dan pergerakan tertentu. Apakah ada kena mengena dgn isu2 yg berbaur keagamaan pada masa kini? Jangan beri kami jawapan anda..simpan dan jgn berikan sebarang spekulasi sendiri. Biarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka.

Dengan penuh rasa rendah diri sekali lagi kami memohon maaf pada Arlene Tan atas bala yg diterima olehnya berpunca dari kecuaian kami.

Terima kasih kepada Fanpage Pendedahan Ekslusif Siapa Sebenarnya Sitt Al Wuzara yg mana kami boleh sifatkan mereka mengenali siapa sitt yg sebenarnya?

kerja kami boleh menjadi semakin mudah namun bagi mengelakan berlakunya lagi sebarang kesilapan, kami memerlukan masa yg panjang.

Kami akan cuba menebus kesalahan dan kecuaian kami dengan melakukan beberapa #Operasi demi untuk menentang laman sesawang yang menghina agama islam sepanjang bulan puasa ini. Insyallah.

Satu perkara yang kami perlu ingatkan kepada pihak umum adalah, kami lakukan ini semua bukan kerana kami mahukan `populariti` ataupun untuk mendapatkan `duit`. Jika kami lakukan untuk mendapatkan populariti, dah lama kami menyebarkan perkara ini kepada pihak yang mampu membuatkan kami jadi lebih `popular` atau `dikenali`, dan jika kami mahukan duit, mungkin sudah lama kami jual segala informasi, pangkalan data(database) yang kami miliki selama ini kepada pihak yang tidak bertanggungjawap untuk mendapatkan duit dan kekayaan, jika anda berfikir kami sedemikian, bermakna anda salah, kami tidak mengejar populariti dan duit, kami hidup dan wujud di dunia siber ini hanyalah untuk semata-mata menegakkan tahap keselamatan sesuatu laman sesawang atau sistem di malaysia ini. Jika anda tidak boleh terima dengan apa yang kami lakukan, anda boleh menyuarakan kata-kata anda pada kami. Insyallah kami akan cuba fikirkan.

Sekali lagi, maaf daripada kami kepada peminat gaysec, pihak umum dan terutama sekali Arlene Tan, kami manusia biasa, semua orang mesti akan melakukan kesilapan :).

Semoga kalian tidak mudah berputus-asa dan lakukan demi kebaikan agama, bangsa dan negara:)

Makluman terkini! berita mengenai siapakah Sitt Al Wuzara kini dibongkar melalui injection yang dibuat pada laman worpress yang dimiliki, https://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com/. Sila pegi ke laman page ini.

https://www.facebook.com/pages/Pendedahan-Eksklusif-Siapa-Sebenarnya-Sitt-Al-Wuzara/153389201408478

22 comments:

  1. wahhhhh.. da ada kenyataan rsmi..
    agak2 Arlene akan tarik balik x report dy tuh?

    ReplyDelete
  2. yani..

    hehe..xtaw lg cmne, hope dpt dipertimbangkan bulan2 pose nie:)

    ReplyDelete
  3. macam macam..
    siapa suruh nak timbulkan isu2 kontoversi mcm ni..
    kan dah susah..kmuadian hari..ermmm. :)

    ReplyDelete
  4. sekurangnya rakan blogger sedar & tidak lagi mmbuat sprti apa yg dilakukan sblm ni..cepat menerima apa jua berita daripada sesiapa..kdang2 kt tgk berita pun blum tntu 100% kesasihannya..boleh dikatakan jatuh fitnah jgak disitu..mungkin lepas ini rakan semua tidak cepat melatah menulis di forum/blog..almaklumla, sumber bukan daripada kita, mereka yg mengolah dan menghasilkannya..lepas ini, jgn menerima bulat2 lagi..mereka pun sedar akan tindakan yg dilakukan..hope pasni brfkiran panjang sebelum mmbuat posting yang bersumberkan dari diri sendiri...kasihan jugak sbnrnya arlene tan, tidak bersalah dan dituduh serta diancam..salah dia jugak terlibat sama dalam kegiatan atheis..semoga dia pun bertaubat dan kembali kepada islam..

    ReplyDelete
  5. bagus jugak ada geng gaysec ni...kurang2 kita ada pakai iT.

    ReplyDelete
  6. wah! sebak plak bila baca kenyataan gaysec nii..
    btw, aku sentiasa sokong gaysec.. ;)


    MySuaraBlog: Lelaki Pun Kena Kanser Payudara

    ReplyDelete
  7. nasib baik aku x percaya dengan kenyataan dorang yang arlene tan tu makcik ape kejadah...kalau tidak mesti aku join memfitnah sekali...huhuhu..bulan ramadan pulak tu...

    ReplyDelete
  8. tiada maf bg mu:P
    uhuhuuh..pndek lgy tu..suru dye mohon maf 3k pth perkattan taw:P
    huhuhuh

    ReplyDelete
  9. si para2...

    yup! kemahran dye yg sgt berharga sbnrnya utk masa depan..bila da buat salah sekali, tak bermakna ia akan berulang kembali..semoga teruskan perjuangan..

    ReplyDelete
  10. zwan sabri..

    kita pandang pada bakatnya yang penting pada masa kini..jgn dipandang remeh..

    ReplyDelete
  11. hadi..

    urm..betul tuwh..arlene tan pun tak terlepas daripada tuduhan sebgai atheis..so mmg ptut kena bertaubat jgak dan kembali dalam islam..

    ReplyDelete
  12. ade2mama..

    sekiranya mintak maaf berjela-jela patah perkataan pown, klu tidak jatuh ikhlas tak berguna juga:)

    ReplyDelete
  13. hurm..tapi bagaimana pula dengan Fitnah tue... sapa pulak yag nk tanggung dosa memfitnah org di bulan ramadhan..?

    ~Semoga kt smua ambil iktibar, jgn mudah percaya dgn berita yg disampaikn, siasat terlebih dahulu..~

    ReplyDelete
  14. terbanng bersamaku!

    yuppp! betul tuwh..ramai yang da buat fitnah..diharapkan perkara ini dapat disebarkan dengan segera supaya fitna itu tdk berterusan..

    ReplyDelete
  15. gaysec!kami sntse dblkng kau r!bgus de yg hbt it yg jaga kpntingn Islam

    ReplyDelete
  16. mizz nizz..

    betul tuwh..perlu prihatin..kt sesama islam:)

    ReplyDelete
  17. Ya Allah ...aku dh tertumpang sekaki

    ReplyDelete
  18. khairul..

    lepas ni kt sama2 berhati-hati..

    ReplyDelete
  19. le.boboi..

    teruskan menyokong laman ini^_^

    ReplyDelete
  20. Do you need free Twitter Followers?
    Did you know you can get them ON AUTO-PILOT AND TOTALLY FREE by registering on Like 4 Like?

    ReplyDelete
  21. Cool and that i have a dandy offer you: How Much Is House Renovation Loan In Pag Ibig home remodeling companies

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate