Saturday, August 13, 2011

Hacker baru ambil SPM?

Malaysia baru-baru ini seringkali digemparkan dengan berita laman web diserang dan digodam! termasuklah laman nuffnang, cimb, advertlerts, laman 1 malaysia dll. Tetapi, perkara ini harus dipandang serius oleh semua pihak termasuklah pihak kerajaan sendiri. Laman yang digodam ini harus diberi perhatian untuk diperakui bahawa tahap sekuriti di malaysia masih berada di tahap yang "LEMAH"!.


Siapakah yang harus bertanggungjawab dalam hal ini? boleh dikatakan mudah kita menunding jari kepada webmaster2 laman yang tidak mengenalpasti kebocoran yang mungkin berlaku. Mungkin juga boleh ditujukan salah tersebut kepada pihak kerajaan supaya lebih serius untuk mengambil tindakan. Mereka seharusnya bertindak segera untuk memastikan laman sesawang berada di tahap yang selamat.

Jangan hanya terlalu memfokuskan kepentingan politik sahaja, tetapi ada perkara yang lagi penting untuk dilihat dan diberi penekanan. Mengapa sedimikian? banyak hak2 privasi kerajaan berada di laman maya termasuklah laman2 kerajaan! bayangkan sekiranya maklumat seperti id dan nama pengguna, kata laluan, alamat rumah, no. telefon, dan pelbagai lagi maklumat pengguna berjaya berada di genggaman pihak lain, malaysia akan mengalami banyak masalah seperti bakal diancam, juga dipergunakan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab. Justeru, di manakah peranan kita sebenarnya di dalam hal ini? bukan sahaja malaysia terancam, privasi anda juga turut terancam sama. 
Cuba kita selusuri kisah "Antisec membocorkan 10GB data agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang!" dan juga "Lulszec Brazil membocorkan 8GB data  polis persekutuan!". Di luar negara sana, berita2 penggodaman sudah menjadi sesuatu perkara yang biasa bagi mereka. Tidak hairan penggodam2 ini makin berleluasa dan turut menarik minat anak2 muda untuk turut sama. Keaktifan mereka dalam aktivis ini, turut menyumbang kepada peningkatan prestasi yang sedia ada. Banyak tools2 dicipta sendiri berdasarkan pengalaman & kepakaran yang dimiliki. Tidak kurang juga yang gemar melalui cara manual untuk lebih mengenali operasi pada sesuatu sistem.

Tetapi di malaysia? apabila kecoh sebuah sahaja laman web digodam dan diberitakan, semua berasa terkejut seolah-olah menerima panggilan untuk ditemuduga. Barulah masyarakat mula untuk mempunyai kesedaran. Walhal, di luar sana sangat ekstremis dalam kegiatan ini! sudah ramai hackers2 yang sudah menunjukkan kepakaran untuk merobek apa sahaja laman yang ada. Sedarlah anda wahai rakyat malaysia....




Seharusnya, pihak kerajaan lebih telus untuk memastikan rakyat malaysia adalah golongan yang "celik IT" dan lebih bersedia untuk menghadapi segala masalah yang berlaku terutama apabila melibatkan penggunaan maya. Selongkarkan berita2 godaman antarabangsa. Tidaklah apabila sudah terjadi pada negara sendiri, mula lah hendak diberitakan. Kita harus tahu, ramai lagi hacker2 di luar malaysia yang lagi hebat berbanding di Malaysia. Pendedahan seharusnya dibuat secara berterusan supaya masyarakat malaysia lebih berdaya saing dalam penggunaan IT. Juga mereka ini lebih terbuka untuk mengetahui bagaimana ia dilakukan.


Anda hendak tahu apa yang mengejutkan malaysia? laman popular seperti  cimb, nuffnang, tv3, laman 1 malaysia digodam oleh budak spm sahaja! aril sudah pun berusia 21 tahun, tetapi harus diakui banyak lagi yang perlu dipelajari. Bagaimana pula dengan anda yang berusia 22, 23, 24, 25 dan ke atas (dan juga kepada lepasan diploma dan ijazah). Mungkin ini adalah cabaran buat diri anda! Harus disedari masih ramai tidak tahu menahu bagaimana godaman dilakukan. Apa yang menggelikan hati adalah ada diantara mereka ini hendak hack kawan mereka di FB. Tetapi tidak tahu bagaimana untuk melakukannya...bagi budak spm ini mungkin tidak "standard" untuk mereka lakukannya. Tetapi bagi kita? mari kita kenali mereka dengan lebih dekat.




Siapakah mereka ini? mereka digelar sebagai kumpulan "Gaysec". Dan apabila ditemu-ramah oleh amanz.my, kumpulan ini hanya digerakkan oleh 2 individu sahaja, dipercayai mereka akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini! selamat menghadapi peperiksaan!. Sumber maklum bahawa mereka ini bergerak solo sahaja untuk menguji tahap keselamatan sesuatu laman. 

Anda mesti tertanya-tanya mengapa dinamakan kumpulan ini sebagai "Gaysec". Ramai yang beranggapan "gay" adalah sesuatu perbuatan songsang antara lelaki. Ini adalah jawapan mereka. “Gay” itu ada maksud “happy” ataupun “gembira” dalam bahasa Melayunya. Gembira bagi kami adalah kami gembira melakukan ini semua, kerana setiap apa yang kami buat, kami telah cuba mengubah masa depan tahap keselamatan sesuatu laman web atau sistem itu di Malaysia. semakin kami, kami akan Gembira dengan melihat perubahan daripada apa yang terjadi hasil daripada yang kami lakukan ini semua. Jadi, kami Gembira melakukan semua, demi keselamatan laman sesawang negara Malaysia ini juga.


Jelas bukan tujuan mereka adalah untuk apa? untuk keselamatan laman sesawang negara Malaysia. Boleh dikategorikan mereka ini sebagai "whitehat". Teruskan niat murni kamu berdua. Ramai yang menyokong segala usaha anda. Cerah masa depan anda nanti! mereka ini dikatakan tidak mempunyai apa2 hubungan dengan hacker malaysia yang lain iaitu RileksCrew, LuvSec dan lain-lain.


Untuk mengetahui kisah selanjutnya, anda boleh layari temubual eksklusif bersama Gaysec. Sila klik disini. Pelbagai soalan diajukan kepada pelajar SPM terbabit untuk lebih dikenali. Apa yang menarik adalah soalan berkenaan apakah jenis kelemahan yang anda jumpa pada sesuatu sistem ataupun laman sesawang? Ini jawapan mereka.

Kebiasaannya, kami banyak menjumpai banyak kelemahan dengan tahap keselamatan kata laluan. Kebanyakkan selalu kami dapat kami hanyalah meneka kata laluan yang berada pada aras yang rendah, seperti 123, 1234 dan lain-lain. Kedua, fail simpanan (backup) yang lama disimpan didalam tempat seseorang itu boleh mencari dan meneka nama fail ataupun sesebuah folder itu.

Sungguh relevan jawapan yang diberikan. Anda juga boleh cuba tingkatkan sekuriti password anda disini! Jelas bahawa usia bukan lagi penghalang selagi ada minat yang mendalam. Baru belasan tahun, sudah mempunyai bakat yang terserlah. Semoga berjaya Gaysec! ikhlas dari aril:)


Anda boleh layari laman web mereka disini, www.gaysec.org

21 comments:

  1. tula pasai.. kerajaan menggalakkan rakyat guna internet sampai bagi percuma notebook tapi pada masa yang sama, kerajaan tak pertingkatkan kemahiran depa untuk mempertahankan laman2 web depa drpd diceroboh..
    sbg rakyat, mestila kita risau kalau2 maklumat kita kena curi dan dieksploiyasi oleh org yg x bertanggungjawab.. HUHU


    MySuaraBlog: Lelaki Pun Kena Kanser Payudara

    ReplyDelete
  2. GAYSEC..rasanya dorang ni pasangan Gaysejati...geli..
    info yang menarik..('',)

    ReplyDelete
  3. zwan sabri..

    ha..betul tuwh!..agaknya kerajaan pun tak tahu bagaimana nak tingkatkan kemahiran dalam pc..ehehe:D

    tak guna klu kita sekadar memberi sahaja, tetapi kita gagal untuk memanfaatkannya..kerajaan perlu lebih telus dalam hal ini! fkirkan sama ada relevan diatas pelaburan yang dibuat..

    ReplyDelete
  4. gaysec hacker whitehat yg paling peramah dan baik..hacker malaysia yang kejam ialah ahlisyurgacrew..asc ni makan duit yg mereka hack..

    ReplyDelete
  5. malysia2:(
    apela korg bt..
    makan gaji buta la ny...

    bling mercun bola kt dlm mulut ..taw la:P

    ReplyDelete
  6. ahmad uzair..

    yup! betul tuwh..bakat mereka harus dilihat..ttp utk mnjd white hat, prlu lbih brpnglmn mnjd black hat..baru la byk bnda bleh dapat utk dfense..

    ReplyDelete
  7. ade2mama...

    haha..itula hakikatnya..ak dr sblm ni da perasan..da tuwh..xkn nk buat press conference lak supaya malaysia sedar..tup..tup..kuar berita kena hack..ha! baru nak sedar..hahaha..lawak2:)

    ReplyDelete
  8. uit..powernye.. :D

    ReplyDelete
  9. asamasin..

    yup! ank muda yg berbakat!:)

    ReplyDelete
  10. Wah..teror nye diorg nie...sangat kagum...usia bukan lagi penghalang...
    ps:-kne tambahkan security website2 supaya tak mudah kena ceroboh...

    ReplyDelete
  11. terbang bersamaku..

    betul! usia bukan lagi faktor utama untuk menjadi 'hebat"..dlm usia singkat shj, mmpu mnyerlahkan bakat yg ada..

    kerajaan malaysia harus ambil peranan:)

    ReplyDelete
  12. macam2 lar huhuh... makin teruk!

    ReplyDelete
  13. Admin..
    LInk Hgus la..
    bg yg bru leh?

    ReplyDelete
  14. link apa yg hangus..??

    kaspersky tu hangus..nnti ak renew smula..huk3:D

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate