Wednesday, August 10, 2011

Jom check pagerank blog!

Salam sejahtera kepada pengunjung software 4 dummies, baru2 ini blog ini baru sahaja dinaikkan pagerank iaitu sebanyak 2. Syukur rasanya hasil usaha hampir 2 bulan, berjaya membuahkan hasil yang begitu lumayan. Tidak hairan, untuk menjadi blogger yang hebat adalah bukan sesuatu perkara yang mudah. Pagerank 2 pun sudah cukup untuk mengukir senyuman ini.


Bak kata orang, usaha yang dikejar itu pasti berbaloi dengan hasil yang diterima. Jadi, bagaimana dengan anda pula? Jangan terus cepat mengalah. Mula2 mesti dapat telur ayam dahulu (0). Lepas dah berusaha lama sedikit, anda rasa yakin dapat pagerank, masa itulah anda semak pagerank berapa. hehe..


Makin hari bil. pengunjung semakin meningkat, adakala tidak menentu jumlah pengunjung yang masuk. Seolah mereka ini seperti "pekerja" di blog kita. Ada masa terluang, mereka akan datang melihat makanan yang dihidangkan. Opss..bulan poce! takpe..di pagi hari ^_^. 

Ada diantara anda tidak dapat mengelak daripada hal2 yang lain contohnya bekerja tetap, part time, mengasuh anak, jaga anak buah... Itu tidak mengapa, sudah menjadi tanggungjawab seharian. Bila ada masa terluang, baru boleh luangkan masa bersama blog. Harus diingat, apa tujuan anda berblog? pada mulanya anda pasti mengatakan hanya untuk suka2, ada juga buat blog untuk meluahkan rasa hati.
Betul tak? bila anda dapat tahu bahawa blog mampu menghasilkan duit, anda merasa WOW! niat anda yang asal pasti akan berkurangan peratusnya. Daripada 100% mungkin menjadi 60%. Senjata utama anda bukanlah "luahan isi hati" lagi tetapi "trafik" yang perlu anda kejar!..


Hendak berblog pun mesti ada strategi, ingat apa motif blog anda? sekadar untuk meluahkan hati, kita menghormatinya. Sekiranya ingin mendapatkan hasil duit, fikirkan bagaimana untuk mendapatkannya. Termasuklah penyampaian melalui entri yang dibuat. Sentiasa mengemaskini berita2 terkini untuk menarik minat pembaca. 

Ataupun membuat tutorial sendiri untuk orang akan lebih menghargai usaha kita. Justeru, terpulang bagaimana anda corakkan strategi untuk tujuan itu. Rasanya, sudah jauh tersasar entri ini. Diharapkan anda tidak kesah ea..hehe..dah lama tak berleter dalam entri..sekurangnya dapat berkongsi pengalaman selama hampir 2 bulan menjadi full time blogger...


Untuk menilai pagerank, boleh la cuba semak disini..sila klik link ini:-

Check PageRank

Selamat mencuba! ^_^

9 comments:

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate