Friday, February 24, 2012

Ustaz Azhar Idrus - Hukum Pakai Software Cetak Rompak



Orang-orang Kafir Hakiki ini terbahagi kepada 2 macam gerombolan orang, iaitu :

1) Kafir Zimmi (iaitu kafir yang jinak/berjanji setia dan tidak memerangi Islam) - Mereka itu telah dijelaskan oleh Allah Swt. di dalam Al Qur'an ul Ghafuur :

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil".

Surah Al-Mumtahanah (60) : ayat 8.

Dari ayat ini, para mufassirin dan fuqaha menegaskan : Kafir Zimmi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran ummat Islam, mereka berjanji setia kepadanya, mengikut peraturannya, membayar jizyah, hidup bersama muslimin dan tidak memusuhi Islam. Mereka dijaga kebajikan dan dijamin keselamatan oleh Negara Islam.

Rasulullah Saw. menjaga kepentingan dan kehormatan mereka ini sepertimana sabda Baginda :

"Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang kafir yang ada perjanjian dengan pemerintah Islam, atau membatalkan haknya, memberatkan kepadanya lebih dari kadar kemampuannya, mengambil daripadanya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan mempertahankannya di hari Kiamat".

Hadis sahih riwayat imam Abu Daud rohimahullah : No. 2654.

Allah Swt. telah memerintahkan supaya para mukminin berlaku adil kepada semua manusia (termasuklah kafir zimmi) dan tidak menjatuhkan hukuman hanya kerana mengikut perasaan, hawa nafsu atau dorongan kebencian seterusnya menyebabkan ketidakadilan. FirmanNya di dalam Al Qur’an ul Haaq :

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil, Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu kerjakan”.

Surah Al Maidah (5) : ayat 8.

2) Kafir Harbi (iaitu kafir yang memusuhi Islam dan diperangi) - Mereka itu telah dijelaskan oleh Allah Swt. di dalam Al Qur'an ul Kabiir :

"Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim".

Surah Al Mumtahanah (60) : ayat 9.

Dari ayat ini, para mufassirin dan fuqaha menegaskan : Kafir Harbi adalah orang kafir yang diam dan hidup dalam wilayah pentadbiran ummat Islam atau diluarnya, mereka berkhianat kepada Negara Islam, memusuhi, tidak mahu berdamai, menjalankan usaha merosakkan ummat Muslimin dan agama Islam. Mereka ini mesti diwaspadai dan diperangi sekiranya mereka menyerang ummat Islam atau membantu pihak lain menyerang ummat Islam. Dan Allah Swt. juga memerintahkan kita ummat Muslimin supaya tidak menjadikan mereka sahabat, kawan rakan, pembela dan wali (pemimpin).

2 comments:

  1. SALAM,


    DAP dan MCA adalah kafir Harbi kerana :

    1. Mereka menolak dan menentang Kerajaan Islam dan undang-undang Islam;

    2. Tidak bersedia untuk memberi kesetiaan kepada kerajaan Islam;

    3. Allah memerintahkan kita suipaya kita memerangi mereka ini sehinggaq mereka itu kalah dan tunduk kepada Islam.

    Bergabung dgn MCA dan DAP adalah kafir.


    PAS dan UMNO ADALAH KAFIR KERANA :

    1. Berkongsi kuasa dgn kaum kafir;

    2. Menyerahkan kuasa dan pemerintahan kpd manusia;

    3. Melantik manusia sebagai Tuhan-tuhan;

    4. Mempersekutukan Allah;

    5. Membuat undang-undang;

    6. Menghukum manusia dgn undang-undang manusia;

    7. Menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas manusia;

    8. Mewujudkan system manusia menyembah manusia;

    9. Mewujudkan system manusia menjadi hamba kpd manusia;

    10. Setuju dan membolehkan amalan politik demokrasi.



    Wan Solehah al-Halbani

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate