Friday, February 17, 2012

5 langkah lajukan Windows pada PC!


Untuk entri kali ini, aril ingin kongsikan serba sedikit tips untuk melajukan windows anda tanpa perlu untuk membawanya ke kedai untuk mengatasi masalah lembab pc (bazir duit) tanpa tahu apa masalah yang sebenarnya dihadapi. Sebut sahaja mengenai penjagaan pc, perkara yang seharusnya diambil penekanan ialah dari segi penyenggelaran pc secara tetap. Majoriti pengguna pc seringkali tidak mengambil endah bagaimana windows pc beroperasi. Bagaimana perkataan "lembab" itu boleh hadir pada pc mereka. Mereka tahu untuk menggunakan iaitu membuat kerja-kerja pejabat yang bersangkutan dengan pc, melayari internet, meletakkan fail secara pukal di pc, proses menghantar fail melalui ftp dan lain-lain.

Tetapi mereka tidak hiraukan prestasi pada pc! PC ini merupakan sistem. Ia perlu diselenggara selalu. Seperti manusia juga, untuk memiliki badan yang sihat, kita perlu bersenam dan bersukan untuk mengelakkan prestasi kita berkurangan. Sama juga halnya dengan pc, perlukan senaman (penyelenggaran) yang rapi. Sekiranya tidak, prestasi PC anda makin berkurangan pada sesuatu tempoh masa sekiranya tiada penyelenggaraan yang dilakukan. Perkara ini penting untuk meningkatkan jangka hayat pc pada masa yang mendatang. Justeru, untuk menangani masalah kurangnya prestasi pada pc, beberapa langkah perlu diambil perhatian selain untuk melajukan windows anda!

Langkah 1 >> Gunakan tool Disk Space percuma ataupun secara berbayar. 

Untuk menghapuskan junk files dan program-program yang tidak berguna dari komputer anda. Antara tool-tool yang menjadi kegemaran aril ialah Ccleaner 3.15 dan juga Tune Up Utilities 2012! tidak kurang hebatnya juga produk Advanced SystemCare Pro! kedua-duanya merupakan utiliti baik yang perlu berada di dalam pc anda. Antara fungsi-fungsi perisian ini adalah seperti berikut:
  • Membuang temporary files internet.
  • Mengosongkan recycle bin.
  • Membuang temporary files pada windows.
  • Membuang program install yang tidak berguna.
 Ccleaner

 Tune Up Utilities

Langkah 2 >> Melaksanakan Hard Disk Defragmentation secara berkala. 

Bagaimana? anda boleh menggunakan disk defragmenter yang tersedia ada dalam windows anda. Tool ini digunakan untuk merawat hard disk dari file yang terfragmentasi. File yang terfragmentasi akan mengurangkan space pada hard disk dan akan memperlambatkan sistem. Cara kerja disk defragmenter adalah menata kembali file-file yang terdapat pada hardisk. Cumanya apabila menggunakan defragmentation pada windows secara percuma, ia mengambil masa untuk melakukan kerja. Anda boleh menggunakan software seperti Smart Defrag, Tune Up Utilities 2012 pun ada menyediakan tool ini dan rasa sudah cukup cekap untuk melakukan defragmentasi pada harddisk anda.

 SmartDefrag

Tune Up Utilities

Langkah 3 >> Membersihkan registry pada windows. 

Ia memainkan peranan utama dalam meningkatkan kelajuan komputer anda. Malangnya, Windows tidak memberikan apa-apa tool yang dibina untuk membersihkan registry. Jadi, anda perlu menggunakan pembersih komersial yang berdaftar seperti Paretologic PC Health Advisor ,SysRegClean Pro, System Mechanic Pro untuk melakukannya dengan cekap. Setiap kali apabila anda menginstall atau membuang program, atau melakukan perubahan pada PC, masukan baru atau "new entry" akan dimasukkan pada registry anda. Banyak key yang masuk dan dibuang dan masuk semula menyebabkan key ada yang invalid dan tidak berguna pada registry. Ia menyebabkan registry anda tersumbat atau terkumpul! kesan yang akan berlaku ialah prestasi pc akan berkurangan dan berisiko untuk berlakunya "error messages" dan "system crash". Justeru, lakukan sekerap mungkin aktiviti membersihkan registry ini.

Paretologic PC Health Advisor

SysRegClean Pro

Langkah 4 >> Membuang program yang tidak berguna semasa startup.

Klik START dan tulis "msconfig" pada kotak RUN dan klik Enter. Akan keluar kotak System Configuration dan klik pada Startup seperti di bawah:-


Untick apa jua program yang dirasakan tidak berguna untuk beroperasi semasa startup. Semakin banyak program yang tidak bekerja sewaktu startup, semakin lajulah kelajuan pc anda. Nampak seperti hipotesis, lebih kurang la...

Langkah 5 >> Mengesan program Malware seperti virus dan spyware.

Bagi pengguna windows, anda tidak akan lari daripada menjadi mangsa virus. Potensi virus untuk merebak pada windows adalah sebanyak 99%! Disebabkan itulah syarikat-syarikat antivirus kaya raya apabila antivirus mereka mendapat pasaran yang meluas. Pencipta virus akan mula mencipta pelbagai virus pada windows dan tidak kepada pengoperasian sistem yang lain. Mereka tahu pasaran os yang terhebat ialah windows. Hampir majoriti di dunia ini ialah pengguna windows. Harga virus di windows akan melambung tinggi bergantung kepada kehebatan virus itu dan ini adalah hasil sumber pendapatan mereka.

Justeru, jadilah pengguna yang bijak dalam menangani masalah virus pada windows. Kehadiran virus ini mampu untuk menurunkan prestasi pc anda ketahap yang sangat teruk. Oleh itu, anda disarankan untuk mempunyai antivirus yang baik dan sentiasa dikemaskini untuk menghalang daripada serangan malware. Aril sarankan anda untuk menggunakan sama ada Eset Smart Security 5, Norton Antivirus 2012, ESET NOD32 Antivirus, Kaspersky Antivirus 2012 dan untuk pencegahan malware perlu ditambah dengan perisian ini, Malwarebytes Anti-Malware Pro...Selamat mencuba!^_^

Trend Micro Titanium Internet Security

Malwarebytes Anti Malware

22 comments:

  1. razil..

    sama2..sebarkan kpd rakan2 yg lain:)

    ReplyDelete
  2. Tuan,

    Laptop saya pakai eScan dan x blh nk deactive. So x blh nk proceed utk langkah 3. Blh bg cadangan?

    ReplyDelete
  3. anonymous...

    kenapa perlu deactivate? saya kurang jelas dengan masalah anda. Apabila melakukan pembersihan registry, no need to activate ur av. Sekiranya av anda menyekat perlakuan tersebut, sila buat mcm ni tanpa remove escan..

    Can I disable the Firewall without uninstalling eScan?
    Yes.

    Please go to start > run and type cmd and press enter.
    1)Then go to the directory in which eScan is installed. 2)By default this will be c:Program Files\eScan
    run following command:
    snetcfg.exe -v -u nt_econceal

    Then, try again!:)

    ReplyDelete
  4. Tuan,

    Minta maaf di atas penerangan yg krg jelas. Sebenar sy blom lg smpai ke tahap tu... masih di peringkat nk install Paretologic di mana eScan menghalang utk run Patch.exe. Dalam Read Me First ade bgtau utk tutup av, tapi utk eScan, sy x dpt nk deactive...klau option uninstall ade la...any idea?

    ReplyDelete
  5. anonymous..

    urm..sya x pnah lg guna escan..cuba guna antivirus yg lain...klu awk nk juga utk deactivate av escan, sila cari di google..rasa ada caranya..selagi awk x dpt patch, slagi tu awk xkn dpt guna secara full license..

    ReplyDelete
  6. Tuan,

    Sy dh cuba pakai cmd, tp bila type c:Program Files\eScan, response yg dpt "c:Program is not recognized as an internal or external command, operable program or batch file".
    Sy confirm yg eScan memg install dlm c.

    ReplyDelete
  7. Terima Kasih untuk info yang berguna ini.

    ReplyDelete
  8. langkah ke3 tue kne amek software yg berbyr ea?

    ReplyDelete
  9. MASTA!
    sya agak takut untuk menggunakan sofware pngesan malware seperti malwarebytes!
    seperti sya ketahui, mana2 anti-virus seperti avira, avast! dan lain2 telah pun dilengkapi dengan pengesan malware....
    soalnya disini wahai masta~
    adakah sya perlu juga untuk meng-install software seperti malwarebytes untuk pengesanan (scan) yang lebih aktif?

    ReplyDelete
  10. anonymous..

    langkah 3 tu bole je cari crack or key tuk software tu..xperlu tuk byr:)

    ReplyDelete
  11. anonymous..

    yup! malwarebytes dilengkapi sekuriti yg khusus utk membuang jangkitan malware yg melekat pada pc or laptop kt..kdangkala anti virus tidak dpt mengesan malware2 yg trdpt dlm pc or laptop kt..mngkin seberapa shj dan tidak scara kseluruhan..perisian malwarebytes ini boleh digunakan bersama anti virus dsbbkn ia buknnya prisian antivirus..dan sgt bgus jika digabungkan sekali..keselamatan pc anda akn lebih terjamin:)

    ReplyDelete
  12. Kalau antivirus avira ok x protection dia??

    ReplyDelete
  13. I'm using AVG protection for a number of years, and I recommend this solution to all you.

    ReplyDelete
  14. Saya guna AVG Antivirus pun dilumpuhkan jg oleh virus sehingga mozilla firefox dan google chrome pun terpaksa reinstall semula.

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate