Saturday, February 18, 2012

Bill gates genius yang dermawan!


Legenda industri teknologi komputer yang membuka syarikat pertama ketika usia di sekolah menengah.

William Henry Gates III atau lebih dikenali masyarakat seluruh dunia sebagai Bill Gates adalah genius menakjubkan yang dikagumi seluruh pelosok dunia. Berbicara mengenai individu berkarisma ini, seperti yang kita semua sedia maklum, beliau adalah pengasas Microsoft Corporation, syarikat perisian popular yang dibangunkannya bersama Paul Allen. Bermula daripada minat, beliau akhirnya berjaya membangun sebuah empayar besar yang cukup tersohor, dan menjadi antara individu terkaya seluruh dunia hasil daripada minatnya itu.


Beliau telah dilahirkan di Seattle, Washington tanggal 28 Oktober 1955. Ketika meniti zaman mudanya, beliau telah diberi nama timangan 'Trey' oleh neneknya membawa maksud atau merujuk kepada pemain kad ketiga serta kedudukannya yang merupakan anak lelaki ketiga dalam salasilah nama Gates.

Menyorot sedikit sejarah silamnya, beliau dilihat mempunyai kecenderungan dan kemahiran dalam bidang matematik dan sains kerana kecemerlangan yang diperoleh ketika di sekolah rendah. Berikutan itu, beliau telah dihantar mengembangkan bakat geniusnya di sekolah terbaik di Seattle, Lakeside School For Boys. Di sinilah menjadi titik permulaan kepada pencetus era baru teknologi pengkomputeran konvensional ini apabila beliau telah mempamerkan minat yang tinggi dalam bidang pengaturcaraan GE menggunakan BASIC sehingga dibenarkan untuk tidak menghadiri kelas matematik di sekolah itu.

Ketika usianya 14 tahun, Bill Gates sebenarnya telah memulakan syarikat usaha samanya bersama Paul Allen dan Paul Gilbert yang digelar Traf-O-Data. Mereka membina komputer kecil yang mempunyai kegunaan mengawal trafik lalu lintas dan perisian untuk memproses data. Walau bagaimanapun, apabila umum Bill Gates diketahui, syarikat pertama beliau itu telah kehilangan hampir kebanyakan peluang perniagaan. Pada musim luruh 1973, beliau telah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard dalam bidang undang-undang sebelum turut berkenalan dengan Steve Ballmer yang kini memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Microsoft Corporation.

Risiko adalah asas utama pemula kejayaan

Selepas melalui pelbagai peristiwa yang menjadi titik tolak kepada perkembangan cita-cita beliau, Bill Gates telah menubuhkan syarikat, Micro-Soft, bersama Paul Allen dan mengambil langkah drastik dengan mengambil cuti belajar dari Harvard untuk memberikan lebih tumpuan kepada pemiagaan barunya. Perjalanan perkembangan syarikat itu ternyata mengejutkan dengan mencipta peluang-peluang pemiagaan besar. Walaupun beliau dihormati kerana kebijaksanaan mencipta peluang, beliau juga sering kali dikritik sebagai pesaing yang tidak adil ketika menjalankan pemiagaan sehingga menyebabkan beliau terpaksa dihadapkan ke mahkamah beberapa kali.

Ketika tahun 1980 an, Microsoft telah berjaya memperkenalkan versi sistem operasi menggunakan Graphical User Interface (GUI) berdasarkan idea yang diasaskan oleh Xerox Corporation, dan dikemaskinikan oleh Apple. Microsoft melancarkan sistem operasi baru yang dinamakan “Windows" sebagai 'senjata' yang lebih mudah digunakan (friendly to users) untuk bersaing dalam pasaran perisian.


Windows 3.0 yang dikeluarkan pada 1990 mencipta kejayaan besar apabila terjual 10 juta unit hanya dalam tempoh dua tahun. Hal ini memberikan kredibiliti pada Microsoft sebagai syarikat paling unggul dalam industri sistem operasi. Bill Gates juga sentiasa lahir dengan idea-idea baru, di mana buah fikirannya banyak membuka jalan kepada teknologi yang ada kini. Beliau sentiasa memikirkan sesuatu di luar kotak dan memberi kebaikan kepada masyarakat seluruh dunia secara global.

Kehidupan peribadinya turut menjadi tumpuan dunia

Bergelar bilionair muda ketika berusia 31 tahun, Bill Gates terus-menerus mencipta kejayaan bersama syarikatnya dan juga kehidupan peribadi.
Walaupun beliau dihormati kerana kebijaksanaan mencipta peluang, beliau juga sering kali dikritik sebagai pesaing yang tidak adil ketika menjalankan perniagaan.
Menyelak kehidupan peribadinya, beliau telah mengahwini bekas pengurus produk di Microsoft, Melinda French pada 1 Januari 1994 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata Jennifer Katharine (1996) dan Phoebe Adele (2002), serta seorang anak lelaki, Rory John Gates (1999).

Jennifer Katharine

Mereka kini menetap di rumah mewah di Lake Washington, Medina dengan nilai aset berkenaan dikatakan $125 juta. Rumah 66.000 kaki persegi ini mempunyai kolam renang sedalam 18 meter dengan sistem muzik dalam air (underwater). Gim pula seluas 2,500 kaki persegi, manakala ruang makan 1.000 kaki persegi. Antara barangan paling berharga yang dimiliki oleh Bill Gates adalah Codex Leicester, iaitu koleksi tulisan saintifik oleh Leomado da Vinci yang dibelinya pada harga $30.8 juta. Bill Gates turut dikenali sebagai seseorang yang gemar membaca dan mempunyai perpustakaan besar di rumahnya serta gemar bermain tenis dan golf pada waktu lapang.


Di sebalik sifatnya yang dilihat sentiasa bekerja keras dan tegas ketika bekerja, beliau sebenarnya turut mempunyai naluri hartawan dermawan. Buktinya pada tahun 2000, Bill Gates menubuhkan Yayasan Bill & Melinda Gates, sebuah yayasan amal bersama isterinya bertujuan menyalurkan dana-dana termasuk biasiswa kolej kepada yang kurang berkemampuan untuk membayar yuran pelajaran, ubat-ubat untuk AIDS, membantu pesakit-pesakit di negara-negara: dunia ketiga dan banyak lagi. Sehingga kini, beliau telah menyumbang hampir berbilion-bilion dolar bagi tujuan kebajikan.

Sebagai penghormatan atas kerja-kerja amal dan sumbangan yang diberikan, Bill Gates dan isterinya telah menerima anugerah "Prince of Asturias Award" dari International Cooperation pada Mei, 4, 2006. Selain itu pasangan itu juga turut dianugerahkan dengan "Order of the Aztec Eagle” untuk kerja amal dan sumbangan mereka di dalam kesihatan dan pendidikan sedunia terutamanya di Mexico untuk program 'Un pais de lectores'.


Sumber Rujukan: Majalah PC Januari 2012

2 comments:

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate