Thursday, June 23, 2011

Tambahan nama domain internet terbaru pada 2012


  • Pada tahun 2012, anda mungkin akan melayari laman web di internet yang menggunakan nama yang agak pelik seperti www.go.intel , www.visit.amd, www.prevent.cancer dan sebagainya. Ini kerana sebelum ini, tiada laman yang menggunakannya.

  • ICANN (internet corporation for assigned names and numbers) sebuah badan yang bertanggungjawab mengelola perihal domain akan meluluskan keperluan extension domain yang baru sebagai tambahan kepada 22 top domain name ( .com, .org, .info, .org, .tv, .fm) serta 250 nama domain negara yang sedia ada ( .my , .us , .cad etc).

  • Seperti peraturan yang telah di tetapkan, domain yang terbaru ini akan memberi keutamaan kepada pendaftar yang terawal. Peraturan tambahan bagi domain tersebut adalah, sebarang nama domain yang hampir sama dengan yang telah didaftarkan (cth: .ups) tidak akan diterima (cth: .ubs).

  • Penambahan nama domain ini dilihat sesuatu yang sangat perlu namun tiada perbezaan yang ketara dari segi capaian domain malahan pengendali laman (webmaster) berkemungkinan tidak akan menukarkan kandungan web ke domain terbaru yang boleh menjejaskan kedudukan page rank enjin carian seperti google.com.

3 comments:

  1. Jom kongsi idea yang bernas dari anda^_^

    ReplyDelete
  2. burung kau bertenggek kt entry..tk dpt bace

    ReplyDelete
  3. hehehe...refresh la page ni..dye mmg ske ganggu org..tp xpe..best2..hahaha:D

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate