Tuesday, June 21, 2011

"Glitterati" members di Nuffnang

Alhamdulillah hari ini menjadi sejarah buat "softwarefordummies.blogspot.com" kerana berjaya menjadi sebahagian rakan Glitterati di NUFFNANG. thumbs up for dis blog! juga syabas kepada pengunjung yang tak kenal erti letih melayan blog ini. anda adalah sangat terbaik!!


Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

(Sila KlIK untuk paparan yang lebih jelas)

Urm,, status blog ini telah bertukar daripada "Ordinary Members" kepada "Glitterati Members" besnya!! semoga ia menjadi titik tolak untuk blog ini lebih maju kehadapan. Anyway, anda tahu tak apa itu NUFFNANG?? jadi nk berceloteh serba sedikit berkenaan nuffnang nie. ramai yang perlu tahu benda-benda camni. baca oke! "sharing is caring"

Ok. kepada semua bloggers baru yang dah daftarkan blog anda dengan Nuffnang, anda tidak akan terus dapat status Glitterati ni. Ehem, bukan mudah sebenarnya ye. Blog anda akan dipantau dulu oleh pihak Nuffnang dan sekiranya OK, pihak sistem Nuffnang akan mendaftar blog korang sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.

Bagaimana untuk menjadi ahli Glitterati Nuffnang? Anda akan didaftar sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya ke semua blog yang anda daftar dengan Nuffnang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unik iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan yang lain selain daripada Nuffnang. Ertinya tidak ada iklan lain selain daripada iklan daripada Nuffnang.

Sekiranya blog anda pasang iklan dari google Adsense ke, dari BidVertiser, mangga ads ke dan yang sama waktu dengannya, anda tidak akan mendapatkan status Glitterati tersebut selagi iklan lain tersebut masih dipasang diblog anda. Jadi berjaga-jaga kepada rakan-rakan sekalian. Mana-mana blog yang dah memiliki status Glitterati kemudian dia pasang iklan-iklan lain daripada syarikat pengiklanan lain maka status Glitterati tersebut akan ditarik balik.

Kelebihan menjadi ahli Glitterati Nuffnang ni banyak iaitu:

1) Kadar pembayaran bagi kedua-dua kos per pengunjung unik dan kos per klik:-

Dengan kurangnya bilangan unit iklan dalam sebuah blog, lebih tinggi kadar perkongsian dan kurang persaingan bagi setiap unit iklan untuk bersaing perhatian. Maka dengan itu, lebih tinggi nilai CTR (click-through ratio) dan nilai ruangan iklan dalam sesebuah blog itu.

Ini adalah sebab mengapa di dalam cetakan akhbar sebagai contoh, anda tidak dapat melihat 8 jenis iklan berbeza dalam satu halaman yang sama, kecuali ia berada di dalam halaman klasified yang mana setiap pengiklan hanya membayar jumlah yang kecil. Atas kesan itu, ahli Glitterati Nuffnang akan memperolehi 20% – 40% lebih banyak pendapatan berbanding ahli biasa.

2) Terma Pembayaran:-

Dalam industri pengiklanan seperti industri-industri yang lain, pihak pengiklan biasanya diberikan tempoh pembayaran yang spesifik seperti 60 atau 90 hari. Sebelum ini, Nuffnang menggunakan sumber kewangan dalaman untuk membayar semua ahli Nuffnanger yang terlibat dalam kempen pengiklanan yang bayarannya masih belum diterima. Setelah jumlah bilangan blogger berdaftar meningkat ke suatu tahap, pihak Nuffnang tidak lagi mampu untuk menanggung bayaran kepada semua ahli secara serentak dan terpaksa menghadkan kepada ahli Glitterati Nuffnang sahaja.

Walau bagaimanapun, semua ahli Nuffnanger akan tetap dibayar 60 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan. Manakala ahli Glitterati pula akan dibayar 30 Hari bermula dari akhir bulan tarikh permohonan.

3) Peluang mendapatkan B.E (Buffered Earning) tinggi:-

B.E atau ialah Pendapatan terumpuk merupakan pendapatan yang dijana daripada kempen mCPM yang sedang berjalan di dalam blog seseorang blogger. Jumlah pendapatan ini hanya akan digabung bersama jumlah pendapatan semasa korang selepas kempen mCPM tersebut tamat. Ramai blogger yang mengidamkan B.E ni, siapa yang dapat memang untung giler.

4) Aktiviti Komuniti:-

Nuffnang sudah tidak asing lagi dalam menganjurkan aktiviti komuniti besar-besaran seperti tayangan wayang primier, perjumpaan makan tengahari dan banyak lagi. Nuffnang memberikan kuota 70% tempat duduk di setiap aktiviti kepada ahli Glitterati Nuffnang serta tetamu mereka. Manakala ahli biasa iaitu bukan status Glitterati hanya mendapat kuota 30% tempat duduk.

5) Peraduan:-

Aktiviti peraduan adalah sesuatu yang telah banyak dianjurkan dalam komuniti Nuffnang dan terdapat banyak ahli blogger telah berjaya memenangi hadiah, daripada hidangan percuma di TGI Friday sehinggalah unit telefon bimbit atau tiket perlancongan percuma ke Gold Coast. Dengan adanya sambutan yang tinggi terhadap peraduan-peraduan sebegini, pihak Nuffnang memberikan prioriti kepada ahli Glitterati Nuffnang dengan kuota hadiah sebanyak 70% kepada mereka dan 30% selebihnya diberikan kepada ahli Nuffnanger yang lain.

6) Innit:-

Innit merupakan laman web yang dibina dan diberikan oleh Nuffnang sebagai perkhidmatan tambahan untuk menarik bilangan trafik ke mana-mana blog yang berdaftar di bawah Nuffnang. Namun begitu, ia hanya dikhaskan kepada ahli Glitterati Nuffnang demi mengelakkan trafik kepada mana-mana rangkaian pengiklanan pesaing Nuffnag secara tidak langsung.

Sejumlah besar ahli komuniti Nuffnang telah menyertai program eksklusif ini, maka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Innit ni menunjukkan penghargaan pihak Nuffnang ke atas kesetiaan kepada ahli Glitterati.

*Wah!! info yang menarik untuk dikongsi bersama anda. Apa tunggu lagi,, jom lah mendaftar bersama NUFFNANG. lepas ni terus setia, tak berani nak main-main da!! hehe ^_^

3 comments:

  1. Jika ada sebarang masalah/cadangan/pendapat,,boleh diajukan/dikemukakan di ruangan forum "Software 4 Dummies". Ruang forum boleh didapati di bahagian sidebar kiri atas laman ini.klik "Software 4 Dummies" pada kategori sembang forum.tq!^_^

    ReplyDelete
  2. tq! miecyber..mesti mieyber suda lama dalam bidang nie..mohon tunjuk ajar ye=)

    ReplyDelete
  3. Are you trying to get money from your websites/blogs via popup advertisments?
    In case you do, have you ever consider using PropellerAds?

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate