Sunday, January 15, 2012

Cara mudah jaga laptop!

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mengupdate blog, atas sebab peperiksaan akhir di UTM tercinta. Dan pada hari ini aril akan kongsikan pula mengenai penjagaan laptop dengan cara yang mudah. Rata-rata dari anda pasti memiliki laptop sekurangnya satu laptop di tangan anda. Ramai yang mengimpikan untuk mengelak dari masalah-masalah laptop yang pasti akan berlaku.

Jadi, bagaimana untuk menjaga laptop anda supaya ianya sentiasa berkeadaan baik dan sekurangnya dapat elak dari perkara-perkara yang boleh merosakkan laptop anda? Harus dilihat bahawa dari segi ketahanan, laptop adalah lebih sensitif penjagannya berbanding pc biasa. Ada beberapa kriteria yang perlu anda tahu dalam penggunaan laptop. Jadi aril akan cuba kongsikan disini supaya anda dapat amalkan selalu.

Tips ini amat penting untuk mengelakkan dari sebarang perkara yang tidak diingini pada masa hadapan sebagai contoh kerap berlakunya "overheating" pada laptop anda.

Antara tips-tips yang boleh diamalkan :

1) Jauhi laptop anda daripada cecair seperti minuman kopi, nescafe, coke, a&w, teh tarik, hujan atau apa jua jenis cecair yang seumpama dengannya. Kemalangan boleh berlaku dengan mudah tanpa anda sedari. Sekiranya cecair itu tumpah di atas laptop atau dimana sahaja bahagian atau komponen laptop, ia boleh merosakkan komponen dalaman dan berlaku kejutan elektrik pada laptop. Litar pintas berlaku dan merosakkan data dan mungkin merosakkan secara kekal bahagian komponen laptop anda.

2) Elakkan untuk anda letakkan laptop anda di atas katil ,karpet, tilam, selimut atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas pada laptop anda tertutup. Laptop anda akan menjadi overheating dalam masa yang singkat! dan ia mampu untuk merosakkan komponen laptop anda.



3) Bagaimana untuk memastikan penggunaan bateri laptop anda berguna dan mempunyai jangka hayat yang panjang? bateri laptop ini boleh diumpakan sebagai otot badan kita dimana ia memerlukan senaman untuk beroperasi dengan baik. Sekiranya tidak ada senaman, penggunaannya jadi tidak bermakna. Apabila diminta untuk recharge laptop anda, tanggalkan kabel power dan biarkan ia beroperasi menggunakan bateri. Sekali seminggu sudah mencukupi untuk bateri anda bersenam. Ini boleh membuatkan bateri anda mempunyai jangka hayat yang lama. tak percaya? percayalah..


4) Jangan biarkan laptop anda beroperasi sehingga 2 hari tanpa pernah ditutup. Laptop anda akan menjadi terlampau panas sekiranya dibiarkan terlalu lama. Anda disarankan untuk memastikan laptop anda dalam keadaan "sleep" atau "hibernate" sekiranya malas nak tutup. Lebih baik tutup sekiranya dah tak ada apa-apa yang perlu dibuat. Macam manusia jugak, perlukan rehat dan tidur yang mencukupi.



5) Dapatkan "cooler" laptop di mana kedai-kedai berhampiran. "Cooler" ini penting untuk mengurangkan suhu pada laptop ketika beroperasi.


Ini adalah sedikit tips untuk penjagaan laptop anda. Tips ini akan dikemaskini pada masa-masa yang akan datang! selamat beramal:)


    8 comments:

    1. btw...tq pernah tinggl link kt blog saya...

      ReplyDelete
    2. tira..

      g cuci lappy tu ngn sabun..kih3..gurau jek:)

      ReplyDelete
    3. thanks for the info.....tp nape laptop sekarang cepat rosak ye....laptop sy beli tahun 2005 lg tak penah ada problem teruk n tak penah lg masuk kedai utk baiki.....tp tengok laptop kawan2 yg baru beli ada je problem dia....rosak sana sini sampai kena hantar kedai....

      ReplyDelete
    4. missNick..

      urm..kdang2 tgk jgk penjagaan laptop kt mcm mna..klu nk kata laptop dlu jarang rosak tak jgk, mungkin pandai jaga kot..n mungkin jd mslh tu dtg dr perkakas hardware..coz skang ni kan pengeluaran smakin meningkat..bila brg byk kuar, kualiti pun x terjaga..

      ReplyDelete
    5. I am truly delіghtеԁ to reaԁ thіs wеbsite ρoѕts which consiѕts of
      tons of valuablе faсts, thаnκs for proviԁing ѕuch informаtіon.


      Also visit my blοg post ... garden centers

      ReplyDelete

    My photo
    Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

    Translate