Anda pernah menghadapi masalah skrin biru atau dikenali sebagai "BSOD" pada laptop or pc?
Sekiranya pernah, mari kita selusuri makna BSOD ini dengan lebih terperinci. BSOD ini mempunyai nama rasmi tersendiri iaitu Stop Error atau bug check, ia adalah error screen yang biasa dialami oleh Microsoft Windows apabila mengalami critical error, atau system crash yang tak boleh dibaiki. Semua version dari microsoft Windows biasanya mempunyai masalah ini dari win3.xx, win98, win2000, winXP , win Vista serta Windows 7 dan kemungkinan Windows 8 yang akan diumumkan tak lama lagi.
Kebanyakan masalah BSOD disebabkan oleh pemasangan perisian baru yang tidak serasi atau sememangnya perkakasan baru yang mempunyai pemandu yang tidak betul atau sesuatu yang telah merosakkan sistem.
Antara kesan-kesan BSOD ini ialah pc anda akan terasa berat dan lembab. Windows anda juga akan sering mengalami crash dan kemungkinan windows anda tidak boleh boot sama sekali.
Kebiasaan pengguna pc akan mengambil langkah mudah dengan menggunakan pendekatan "format windows" secara terus. Malahan terdapat pelbagai penyelesaian yang boleh dilakukan sebelum ke pilihan yang terakhir atau dibawa ke kedai untuk membaik pulih.
Seterusnya, aril akan senaraikan pula beberapa error yang akan dipaparkan pada skrin pc sewaktu BSOD berlaku supaya kita tahu secara terperinci “error” yang berlaku.
Antara “error” yang berlaku:
IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL (0X0000000A)
-Error ini sering berlaku dimana terdapat driver yang tidak sama/tepat seperti yang dikehendaki.
-Mungkin juga masalah audio card yang tidak dikenalpasti ataupun mengalami masalah driver pada audio.
-Video card juga mungkin mempunyai masalah terlebih "overclock" ataupun driver tidak compatible.
NTFS_FILE_SYSTEM atau FAT_FILE_SYSTEM (0X00000024) atau (0X00000023)
-Error in berlaku pada HDD, menunjukkan masalah berlaku pada partition atau file system dan bukan pada hard disknya. Mungkin berlaku "bad sector" pada hdd dan penyambung yang longgar pada hdd.
-Penyelesaian, sila periksa kabel SATA atau PATA (ketatkan) atau juga check partition HDD dengan tool chkdsk.
UNEXPECTED_KERNEL_MODE_TRAP (0X0000007F)
-Overclock hardware yang berlebihan, komponen pc yang terlalu panas, BIOS mengalami korup, memory dan cpu ada masalah.
-Hardware yang berkaitan ialah Bios Setting, HFS system (Heat Sink and Fan) dan RAM.
-Penyelesaian, set BIOS motherboard pada default setting. Cuci HFS system. Flash semula bios asal. Servis dan cuci ram CPU.
DATA_BUS_ERROR atau PAGE_FAULT_IN_NONPAGED_AREA
-RAM memory atau slot di motherboard ada masalah. Masalah pada hardware antaranya RAM, RAM memory video card atau memory di CPU processor (L2 cache). Punca berlakunya adalah kerosakan pada RAM.
-Penyelesaian, servis RAM atau tukar yang baru.
INACCESSIBLE_BOOT_DEVICE (0X0000007B)
-Kerosakan pada configuration jumper yang salah. Virus boot sector.Driver IDE/SATA controller yang salah, atau kesalahan driver chipset. HDD bad sector pada partition.
-Penyelesaian, periksa jumper pada hdd. Jalankan scan menggunakan antivirus. Jadikan partition yang rosak itu sebagai RAW dan buat partition baru pada bahagian yang tidak mengalami masalah.
VIDEO_DRIVER_INIT_FAILURE (0X000000B4)
-Masalah installation driver video card yang tidak sempurna, restart pada saat installation atau kesalahan dalam installation driver.
-Penyelesaian, periksa driver version. Masuk ke safe mode windows, uninstall driver lama yang ada konflik dengan sistem windows, muat turun driver yang terkini dan install yang terbaru.
BAD_POOL_CALLER (0X000000C2)
-Masalah driver tak compatible dan tidak tepat. Kebiasaan berlaku ketika repair installation windows lama yang corrupt.
-Penyelesaian, periksa driver version. Cabut hardware yang tidak digunakan. Buat fresh installation windows baru.
MACHINE_CHECK_EXCEPTION (0X0000009C)
-Masalah overclocking atau hardware
-Penyelesaian, reset sistem BIOS.
FATAL_SYSTEM_ERROR (0XC000021A)
-Masalah install benda baru yang incompatible juga mempunyai harmful content. Masalah pada winlogon.exe. Juga ada ubah fail sistem dengan oleh administrator.
-Penyelesaian, masuk safe mode dan restore balik menggunakan "Last Known Good Configuration" masa tekan F8.
UNABLE_TO_LOCATE_DLL (0X0000135)
-Masalah file system yang hilang atau korup atau kerosakan pada windows registry.
-Penyelesaian, cari file system yang korup atau hilang tersebut melalui internet (dll-files.com) dan copy paste kan dalam sistem32 subfolder. Sekiranya tiada ditunjukkan nama file, barangkali masalah pada registry. Gunakan windows system restore.
Rumusan penyelesaian!
1) Windows corrupt atau dijangkiti virus.
• Repair installation windows dengan menggunakan recovery partition atau CD window. Sekiranya tidak memberi kesan, format sahaja dengan windows yang baru.
2) Driver dan software bermasalah.
• Masuk safe mode dengan menekan butang F8 semasa booting windows, buang driver atau software yang menyebabkan windows mengalami error atau corrupt, kemudian restart pc anda.
• Guna software ini http://www.nirsoft.net/utils/bluescreenview.zip untuk mencari software atau driver yang menjadi punca masalah.
3) Hardware terlalu panas.
• Cuci system HSF (Heat Sink and Fan) pc anda.
4) RAM bermasalah.
• Servis RAM atau tukar baru.
Penyelesaian alternatif menggunakan perisian!
AntiCrash merupakan salah satu program yang boleh memintas dan mengurangkan sehingga 95,8% kesilapan untuk menjadi skrin biru. Apabila kemalangan berlaku, Anti Crash membetulkan secara automatik, tidak perlu melakukan apa-apa. AntiCrash juga-satunya perisian yang mampu menghalang skrin biru dan “stuck”.
Langkah-Langkah:
1) Download AntiCrash
Download Link
Password: software4dummies
2) Install setup.exe
3) Copy name and serial that was given in notepad to unlock full version.
4) Complete!
menarik
ReplyDeleteeelobor..
ReplyDeletekongsikan dgn rakan2 yg lain:)
link dead
ReplyDeletebro..
ReplyDeletelink fixed! thanx:)
link dead again
ReplyDeletehttp://shiftshare.blogspot.com/2012/08/anticrash-361-free-download-full.html
ReplyDeleteHave used AVG anti virus for a couple of years now, I recommend this solution to all of you.
ReplyDelete