Friday, January 27, 2012

Cara kesan virus pada fail!

VirusTotal adalah perkhidmatan percuma dalam talian yang menganalisa fail dan URL yang membolehkan pengenalpastian virus, worm, trojan dan jenis lain kandungan berniat jahat yang dikesan oleh enjin antivirus dan pengimbas laman web .
 
Pada masa yang sama , ia boleh digunakan sebagai satu cara untuk mengesan positif palsu, iaitu sumber-sumber yang tidak berbahaya dikesan sebagai berniat jahat oleh satu atau lebih pengimbas .
 
Misi VirusTotal adalah untuk membantu dalam meningkatkan industri antivirus dan keselamatan dan menjadikan internet tempat yang lebih selamat melalui pembangunan alat dan perkhidmatan percuma .
 
Anda hanya perlu melayari site www.virustotal.com untuk tindakan selanjutnya.
 
 Setelah itu, anda boleh "upload" fail yang dikehendaki. Sila pilih "choose file" dan pilih fail anda. Kemudian, klik "Scan it!". Tunggu sehinga fail habis di "upload" dan dikesan oleh VirusTotal. Senarai virus akan dikenalpasti oleh antivirus-antivirus ternama. Sekiranya tiada virus dikesan, bermakna fail anda selamat untuk digunakan! Sila lihat contoh dibawah ini yang menunjukkan fail masih tidak selamat dan disyaki ada virus didalamnya.


Terdapat 13 virus yang disyaki masuk fail ini. Termasuklah virus trojan dropper, hack tool binder, gen variant .dll. Penggodam akan menggunakan helah dengan mengatakan kepada mangsa untuk "turn off antivirus" dahulu sebelum boleh menggunakan aplikasi ini.


Jadi, apa yang hendak aril tekankan disini ialah berhati-hati ketika memuat turun sebarang jenis fail!. Ramai diantara kita merupakan pemuat turun tegar dan seringkali terlepas pandang apa yang sepatutnya dilihat. Perkara-perkara sebegini mungkin sesuatu yang kurang bermakna bagi kita, tetapi ia merupakan suatu bonus kepada sang penggodam di luar sana. 

Apa yang mereka lakukan? mereka inilah yang cuba untuk mendapatkan apa jua data peribadi yang disimpan oleh kita sendiri termasuklah no. kad kredit, kad bank, no pin bank, dan semua password yang anda miliki (facebook, myspace, twitter, tagged .dll)..anda masih mahu mereka mengambilnya tanpa anda sedari? tidak sekiranya anda pengguna internet yang prihatin.
 
Setelah penggodam itu berjaya memperolehinya, mereka akan tukar password anda dan anda telah kehilangan apa yang anda miliki sebelum ini. Kes ini sudah banyak terjadi terutama kes kehilangan laman peribadi, email, group page akibat godaman melalui "phishing", "keylogger", "cookies stealer", "sniffing", "hijack" .dll. 
 
 
Apa yang lebih berbahaya ialah fail yang biasa kita install di pc atau laptop berformat .exe boleh di"bind" virus di dalamnya tanpa disedari dengan menggunakan bat to exe converter! jadi, bila anda menghadapi situasi begini, terus sahaja guna VirusTotal. Walaupun mengambil masa, tetapi ia berbaloi sama sekali untuk elak menjadi mangsa. 
 
 
Penggodam-penggodam ini biasanya akan menyenaraikan nombor id dan password mangsa mereka untuk dikongsikan kepada rakan-rakan mereka. Lebih kepada konsep, "siapa yang cepat, dia yang dapat".
 
Justeru, aril menyeru rakan-rakan sekalian terutama pengunjung blog ini dan juga rakan geng IT (www.facebook.com/groups/software4dummies) untuk bersama-sama menjadi pengguna internet yang bijak sekaligus dapat mengelak dari menjadi mangsa godaman. Tiada yang selamat apabila anda berada di dunia yang tanpa sempadan!

1 comment:

  1. I've used AVG protection for a couple of years now, I recommend this anti-virus to all of you.

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate