Friday, November 25, 2011

Cara lajukan internet menggunakan DNS!

Apakah itu DNS?
Untuk memulakannya, mari kita takrif dahulu apakah yang dimaksudkan dengan DNS. DNS dikenali sebagai Domain Name Server, dimana ia digunakan untuk mengetahui IP adress sesuatu host melalui nama domain. Dalam dunia laman maya, harus diketahui komputer berkomunikasi antara satu sama lain dengan mengenali IP adress yang tersendiri. Kebiasaannya, manusia lebih mudah menghafal nama seperti facebook.com, google.com, yahoo.com, gmail.com, softwarefordummies.blogspot.com dan lain-lain.

Apakah fungsi DNS?
Fungsi DNS ini adalah untuk menukarkan nama yang biasa kita ingat tadi kepada bentuk IP address host yang bersangkutan untuk dihubungi. Nama domain tadi akan dibentuk menjadi basis data tersebar atau dikenali sebagai "distributed database" di dalam jaringan komputer.

Bagaimana proses DNS berlaku?
Sebagai contoh, ketika komputer client mencari komputer yang lain dijaringan yang berbeza. dan diketahui ia tidak tahu berapa nombor IP adressnya, maka ia memerlukan bantuan komputer DNS Server untuk memberitahu nombor IP adress komputer tersebut berdasarkan nama domain yang dikirimkan ke komputer DNS Server.

Sejak sekian lama, google telah melancarkan google public DNS untuk pengguna internet di seluruh dunia. Tujuan utama google menawarkan DNS server untuk pengguna internet adalah untuk mempercepatkan proses carian dan servis. Boleh dikatakan bahawa tanpa google, tiada enjin carian yang hebat di dunia ini. Tidak dinafikan bahawa google adalah lubuk ilmu yang kita boleh tuntut. Penggodam juga turut menggunakan servis google sebagai platform dalam menjalankan kegiatan mereka.

Sejauh manakah kelajuan google public DNS ini?
Boleh disimpulkan bahawa terdapat perubahan kelajuan sebelum dan selepas anda menggunakan dns ini. Paling tinggi pun sebanyak 50% daripada kelajuan biasa.Walaupun tidak seberapa, ia bergantung sepenuhnya terhadap penggunaan internet anda dan juga dns terpantas yang anda perolehi.

Sebelum ini, aril ada membuat entri berkaitan "Cara unblock website yang di block SKMM". Di dalam entri tersebut ada menunjukkan langkah demi langkah untuk memasukkan dns ke dalam connection anda sama ada menggunakan wireless, streamyx, lan cable dll. Bukan hanya ada google public DNS sahaja, tetapi ada banyak lagi syarikat yang menawarkan dns yang lain seperti open dns, dns nawala, norton dns dan banyak lagi.

Tetapi untuk entri ini, aril cuba kongsikan cara bagaimana untuk mencari dns yang terpantas untuk komputer anda. Secara tidak langsung, kita dapat menikmati kelajuan internet semaksimum yang mungkin dengan menggunakan dns terpantas.

Perisian ini dikenali sebagai "Internet DNS Jumper Finder" yang membolehkan pencarian dns terpantas secara automatik untuk komputer anda.

Anda boleh download perisian ini disini:

Internet DNS Jumper Finder
(411.29KB)


 Password: software4dummies 

Setelah anda mendapatkan fail yang didownload, anda buka sahaja perisian ini dan akan terpapar seperti gambar di bawah. Pastikan kepada pengguna windows vista & 7, anda harus "run as administrator" terlebih dahulu untuk membuka perisian ini.

Langkah 1: Sila pilih network card anda sama ada anda menggunakan Broadband, wifi, lan cable dll. Aril menggunakan Lan Cable iaitu Realtek PCIe GBE Family Controller card.

Langkah 2: Sila tekan pada kotak "Fastest Dns" di sebelah kanannya. Tujuannya adalah untuk mencari dns yang terpantas untuk komputer anda. Biarkan proses berlalu sehingga tamat.

Langkah 3: Setelah proses berakhir, akhirnya dns terpantas telah dijumpai dan anda boleh masukkan dns tersebut dengan menekan pada kotak "Apply Dns Servers". Untuk penggunaan secara manual, anda boleh rujuk entri disini. KLIK!

Semoga berjaya!^_^

37 comments:

  1. Terima kasih ilmu ini.Nak try ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara Lajukan Internet Menggunakan Dns! ~ ! Software 4 Dummies! >>>>> Download Now

      >>>>> Download Full

      Cara Lajukan Internet Menggunakan Dns! ~ ! Software 4 Dummies! >>>>> Download LINK

      >>>>> Download Now

      Cara Lajukan Internet Menggunakan Dns! ~ ! Software 4 Dummies! >>>>> Download Full

      >>>>> Download LINK Jg

      Delete
  2. heh..sama2 kak zmah..klu ada pape masalah bleh bgtaw k;;))

    ReplyDelete
  3. sama2..hehe..

    kongsi dengan rakan yg lain;))

    ReplyDelete
  4. salam bro...kalo nak ubah ke asal bole ke??

    ReplyDelete
  5. wassalam..

    boleh je..tekan flush dns:)

    ReplyDelete
  6. thanxs bro for sharing..
    tp time aku carik fastest DNS semua host offline lor..
    cmn nk buat eh? uhuhuu

    ReplyDelete
  7. If the DNS server is invalid or unavailable then the result will be "Host is offline":)

    ReplyDelete
  8. boleh ajar cara nak layari website yang disekat oleh pihak sekolah/perpustakan awam x?? nak bukak e-mail pun x boleh...



    Blog Bukan Sekadar Tulisan | by Aqmil Lambung

    ReplyDelete
  9. Aqmil..

    sebenarnya pelbagai cara yang boleh digunakan daripada sekatan..antaranya ialah melalui dns seperti yang aril terangkan di atas..selain mampu melajukan internet, ia mampu elak dari sekatan yang dibuat iaitu site2 yang diblock daripada dilayari..

    aqmil boleh juga menggunakan perisian ultrasurf..setakat ini diyakini selamat penggunaanya..utk download, sila search di google..

    selain itu, vpn juga adalah salah satu cara boleh digunakan..banyak juga vpn2 percuma yang ada..kena cari sendiri..nak beli pown bole..

    ada 1 la cara..iaitu melalui website cocoon..

    https://getcocoon.com/

    masuk dan daftarkan seperti apa yang diminta..dan aqmal boleh tutup dan buka cocoon page ini..tujuannya adalah utk elak sekatan iaitu dengan cara menukar ip yang lain..jgn risau..bila da on, benda ni secara x langsung akan bertindak secara privasi..utk maklumat tmbhan, boleh lihat info kat website tersebut..

    kesimpulannya, byk lg cara2 yg lain..kena rajin utk mencari:)

    ReplyDelete
  10. best brooo...ermm tnya sket, lepas tekan "Apply Dns Servers" (langkah 3) tu, nk watpe? trus close je ke program ni? ke nk minimize ke

    ReplyDelete
  11. wak!..

    lepass sahaja tekan apply dns server, dns tersebut secara automatik sedang digunakan..trus close box tu..n then check dns tu da masuk ke blom kat sini..ikut yg dalam post ni lakukan..

    http://softwarefordummies.blogspot.com/2011/08/cara-unblock-website-yang-di-block-skmm.html

    ReplyDelete
  12. bosh...
    klu x msk jgk dns 2 krenye kna wt scra manual la ek???

    ReplyDelete
  13. boundaries1212

    yup!! wat secara manual..x ssah mana pown:)

    ReplyDelete
  14. dah terbukti cara ni? rply ye

    ReplyDelete
  15. xmenjadi pon..asal tkan je Apply Dns Servers keluar "plese wait'...help2

    ReplyDelete
  16. Mr aril nk tanya. Kalau guna http://www.youtube.com/watch?v=3jgBVUL9zw0 boleh tak ? Dan cara semua ni termasuk yg abg aril ajar ni free ke ? And tak ada effect sampingan ? Risau tu je

    - Faisal Izwan

    ReplyDelete
  17. klo pki bb instanet leh x?

    ReplyDelete
  18. anonymous..

    cuba bkk cmd..then taip ipconfig /flushdns

    then cuba buat semula..hope dis help!:)

    ReplyDelete
  19. anonymous..

    bole2..bezanya dengan apa yg aril post ni,, software dns finder ni akan cari dns yg paling laju utk kt, dan akan terus apply kat connection kt..berbanding pula dengan dalam video tu dimana ia menunjukkan cara manual untuk memasukkan dns contohnya dns google 8.8.8.8 dan 8.8.4.4..dalam vid tu guna public dns..sama je,,berbeza cara:)

    ReplyDelete
  20. anonymous..

    bole2 guna apa shj bb..xde masalah:)

    ReplyDelete
  21. salam bro.. everytime on9,, kene wat camni ke? ke dye da mmg automatik apply dns server tu?

    ReplyDelete
  22. anonymous..

    wassalam...dye akan automatik apply dns server scara kekal pada connection tu kayh..

    ReplyDelete
  23. kalo guna prepaid broadband blh tak?

    ReplyDelete
  24. sori bertanya...adakah cara nie bleh guna utk kita tarik coverage wireless kat umah kita..sbb skrang nie streamyx kat umah makin slow ler

    ReplyDelete
  25. hai en aril:)..mau tanya sya x dapat nak download perisian internet DNS jumper finder tu la..knpa ya?

    ReplyDelete
  26. kenapa dh x boleh buka link tu?

    ReplyDelete
  27. Aril tlng reupload software tu pls

    ReplyDelete
  28. Do you need free Facebook Followers?
    Did you know that you can get these ON AUTOPILOT & TOTALLY FOR FREE by using Add Me Fast?

    ReplyDelete

My photo
Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

Translate