Saturday, January 28, 2012

Cara skip ads, word captcha dan countdown bila download!


SkipScreen is a free Firefox add-on that skips the clicking and waiting on sites like RapidShare, Megaupload, Mediafire, zShare, and more!

SkipScreen works great on these sites:
  • Rapidshare (don't click! it's automatic!)
  • Megaupload (captcha action coming soon!)
  • Mediafire
  • Uploaded.to
  • zShare (now with a "listen-first" option!)
  • Sharebee
  • DepositFiles
  • Sendspace
  • Divshare
  • Linkbucks
  • Link-protector
More on the way...

p.s : Skipscreen dapat jima banyak masa anda untuk mendownload bermacam-macam fail. Selain itu, ia dapat bypass site adf.ly yang biasanya dipasang oleh uploader untuk mendapat keuntungan hasil fail yang diupload. Anda boleh gunakan ia bersama-sama dengan AdBlock Plus (block ads yang ada pada mana-mana site) dan juga The Cavern Links Checker (pengesan link download sama ada masih hidup atau mati) untuk lebih pantas mendownload dan juga lebih selesa tanpa sebarang gangguan.

Jom lihat video ini!


Video diatas menunjukkan cara install addon skipscreen dan juga cara penggunaannya.

Anda boleh dapatkan addon skipscreen di sini :

atau 

Friday, January 27, 2012

Tips keselamatan di Facebook!

PASSWORD SECURITY
Pastikan anda menggunakan kata laluan yang berbeza untuk akaun anda dalam talian yang berbeza. Anda juga perlu membuat kata laluan anda panjang dan kompleks dan menukarnya secara berkala. Ingat untuk mengelak daripada menggunakan perkataan kamus, perkataan yang dieja terbalik, mengulangi aksara, atau maklumat peribadi.
 
PERSONAL INFORMATION
Jangan bertindak balas terhadap permintaan untuk maklumat peribadi dari sumber-sumber yang tidak diketahui. Menyediakan maklumat seperti nombor keselamatan sosial atau butir-butir kewangan boleh mendedahkan anda kepada kecurian identiti atau jenis jenayah yang lain.
 
MESSAGES AND LINKS
Sentiasa berhati-hati apabila klik pada link atau membuka lampiran, walaupun ia telah dihantar atau yang dicatatkan oleh rakan atau lain-lain sumber bereputasi. Jika anda mempunyai apa-apa keraguan, mendapatkan pengesahan terus daripada penghantar. Terutamanya berhati-hati dengan mesej yang termasuk tawaran menarik atau permintaan segera, dan berhati-hati untuk pautan yang memerlukan anda dengan serta-merta memberikan login dan kata laluan. Jika anda tidak pasti sama ada tapak yang anda adalah benar atau palsu, taip URL (contohnya, www.facebook.com) terus ke dalam bar alamat penyemak imbas anda.
 
BROWSER SAFETY
Pastikan anda mempunyai versi yang paling terkini pelayar web anda, dan ia dilengkapi dengan perlindungan anti-phishing. Anda boleh lakukan ini dengan memeriksa laman web untuk syarikat penyemak imbas anda, atau dengan pergi ke "Help" atau "About" seksyen dalam program pelayar anda. Pelayar popular termasuk Firefox, Internet Explorer, dan Safari.
 
COMPUTER SECURITY 
Pastikan anda telah menetapkan sistem operasi anda untuk mengemas kini secara automatik. Anda boleh melakukan ini dari "Settings" atau "Preferences" menu. Anda juga perlu mempunyai "up-to-date" memasang perisian keselamatan yang menyeluruh yang termasuk anti-virus, anti-spyware, anti-phishing, dan firewall.
 
ACCOUNT SFAEGUARDS
Facebook menyediakan alat-alat yang mudah untuk membantu anda menjejaki aktiviti anda dan login, mengawal maklumat anda berkongsi, dan membuktikan identiti anda jika anda kehilangan akses ke akaun anda. Belajar bagaimana untuk menggunakan alat-alat dan orang-orang yang yang sama di laman web lain supaya anda sentiasa berada dalam kawalan.
 
REPORTING
Jika anda terjumpa dengan scam penipuan, laporkan supaya tindakan boleh diambil. Facebook dan laman web lain menyediakan pautan laporan yang banyaka ada pada tiap-tiap kandungan, serta cara-cara untuk melaporkan mesej spam dan e-mel. Anda juga patut melaporkan penipuan kepada pihak berkuasa berkaitan di negara anda.

Cara kesan virus pada fail!

VirusTotal adalah perkhidmatan percuma dalam talian yang menganalisa fail dan URL yang membolehkan pengenalpastian virus, worm, trojan dan jenis lain kandungan berniat jahat yang dikesan oleh enjin antivirus dan pengimbas laman web .
 
Pada masa yang sama , ia boleh digunakan sebagai satu cara untuk mengesan positif palsu, iaitu sumber-sumber yang tidak berbahaya dikesan sebagai berniat jahat oleh satu atau lebih pengimbas .
 
Misi VirusTotal adalah untuk membantu dalam meningkatkan industri antivirus dan keselamatan dan menjadikan internet tempat yang lebih selamat melalui pembangunan alat dan perkhidmatan percuma .
 
Anda hanya perlu melayari site www.virustotal.com untuk tindakan selanjutnya.
 
 Setelah itu, anda boleh "upload" fail yang dikehendaki. Sila pilih "choose file" dan pilih fail anda. Kemudian, klik "Scan it!". Tunggu sehinga fail habis di "upload" dan dikesan oleh VirusTotal. Senarai virus akan dikenalpasti oleh antivirus-antivirus ternama. Sekiranya tiada virus dikesan, bermakna fail anda selamat untuk digunakan! Sila lihat contoh dibawah ini yang menunjukkan fail masih tidak selamat dan disyaki ada virus didalamnya.


Terdapat 13 virus yang disyaki masuk fail ini. Termasuklah virus trojan dropper, hack tool binder, gen variant .dll. Penggodam akan menggunakan helah dengan mengatakan kepada mangsa untuk "turn off antivirus" dahulu sebelum boleh menggunakan aplikasi ini.


Jadi, apa yang hendak aril tekankan disini ialah berhati-hati ketika memuat turun sebarang jenis fail!. Ramai diantara kita merupakan pemuat turun tegar dan seringkali terlepas pandang apa yang sepatutnya dilihat. Perkara-perkara sebegini mungkin sesuatu yang kurang bermakna bagi kita, tetapi ia merupakan suatu bonus kepada sang penggodam di luar sana. 

Apa yang mereka lakukan? mereka inilah yang cuba untuk mendapatkan apa jua data peribadi yang disimpan oleh kita sendiri termasuklah no. kad kredit, kad bank, no pin bank, dan semua password yang anda miliki (facebook, myspace, twitter, tagged .dll)..anda masih mahu mereka mengambilnya tanpa anda sedari? tidak sekiranya anda pengguna internet yang prihatin.
 
Setelah penggodam itu berjaya memperolehinya, mereka akan tukar password anda dan anda telah kehilangan apa yang anda miliki sebelum ini. Kes ini sudah banyak terjadi terutama kes kehilangan laman peribadi, email, group page akibat godaman melalui "phishing", "keylogger", "cookies stealer", "sniffing", "hijack" .dll. 
 
 
Apa yang lebih berbahaya ialah fail yang biasa kita install di pc atau laptop berformat .exe boleh di"bind" virus di dalamnya tanpa disedari dengan menggunakan bat to exe converter! jadi, bila anda menghadapi situasi begini, terus sahaja guna VirusTotal. Walaupun mengambil masa, tetapi ia berbaloi sama sekali untuk elak menjadi mangsa. 
 
 
Penggodam-penggodam ini biasanya akan menyenaraikan nombor id dan password mangsa mereka untuk dikongsikan kepada rakan-rakan mereka. Lebih kepada konsep, "siapa yang cepat, dia yang dapat".
 
Justeru, aril menyeru rakan-rakan sekalian terutama pengunjung blog ini dan juga rakan geng IT (www.facebook.com/groups/software4dummies) untuk bersama-sama menjadi pengguna internet yang bijak sekaligus dapat mengelak dari menjadi mangsa godaman. Tiada yang selamat apabila anda berada di dunia yang tanpa sempadan!

Tuesday, January 24, 2012

Tips lajukan internet guna registry!

Kali ini dengan trik mudah yang pasti ada diantara anda yang sudah tahu. Iaitu dengan cara ubah registry pada pc anda. Dengan cara ini, anda dapat meningkatkan HTTP simultaneous connection kepada nilai yang kita tetapkan. Contoh dengan 99 connection.

Pelayar akan bergantung berapa banyak connection yang mampu ditampung untuk download fail yang berbeza pada satu masa. Ini membolehkan web pages anda untuk load lebih pantas dari biasa.

Bagaimana caranya?

Anda tidak perlu mendownload sebarang fail atau perisian. Cuma anda perlu ikut sahaja arahan yang diberikan. Cukup mudah!

Langkah Pertama


Langkah Kedua

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Internet Settings

Sila right click pada kotak di sebelah kanan dan klik New dan DWORD value.

1) Namakan sebagai MaxConnectionsPerServer

(Masukkan angka 99 pada nilai hexadecimal, atau angka 153 pada nilai decimal)



2) Namakan sebagai MaxConnectionsPer1_0Server

(Masukkan angka 99 pada nilai hexadecimal, atau angka 153 pada nilai decimal)


Langkah Ketiga

Restart pc anda dan rasai perbezaannya!


Selamat mencuba!^_^

Cara atasi skrin biru / Blue Screen Of Death!

Anda pernah menghadapi masalah skrin biru atau dikenali sebagai "BSOD" pada laptop or pc?


Sekiranya pernah, mari kita selusuri makna BSOD ini dengan lebih terperinci. BSOD ini mempunyai nama rasmi tersendiri iaitu Stop Error atau bug check, ia adalah error screen yang biasa dialami oleh Microsoft Windows apabila mengalami critical error, atau system crash yang tak boleh dibaiki. Semua version dari microsoft Windows biasanya mempunyai masalah ini dari win3.xx, win98, win2000, winXP , win Vista serta Windows 7 dan kemungkinan Windows 8 yang akan diumumkan tak lama lagi.

Kebanyakan masalah BSOD disebabkan oleh pemasangan perisian baru yang tidak serasi atau sememangnya perkakasan baru yang mempunyai pemandu yang tidak betul atau sesuatu yang telah merosakkan sistem.

Antara kesan-kesan BSOD ini ialah pc anda akan terasa berat dan lembab. Windows anda juga akan sering mengalami crash dan kemungkinan windows anda tidak boleh boot sama sekali.

Kebiasaan pengguna pc akan mengambil langkah mudah dengan menggunakan pendekatan "format windows" secara terus. Malahan terdapat pelbagai penyelesaian yang boleh dilakukan sebelum ke pilihan yang terakhir atau dibawa ke kedai untuk membaik pulih.

Seterusnya, aril akan senaraikan pula beberapa error yang akan dipaparkan pada skrin pc sewaktu BSOD berlaku supaya kita tahu secara terperinci “error” yang berlaku.

Antara “error” yang berlaku:


IRQL_NOT_LESS_OR_EQUAL (0X0000000A)
-Error ini sering berlaku dimana terdapat driver yang tidak sama/tepat seperti yang dikehendaki.
-Mungkin juga masalah audio card yang tidak dikenalpasti ataupun mengalami masalah driver pada audio.
-Video card juga mungkin mempunyai masalah terlebih "overclock" ataupun driver tidak compatible.

NTFS_FILE_SYSTEM atau FAT_FILE_SYSTEM (0X00000024) atau (0X00000023)
-Error in berlaku pada HDD, menunjukkan masalah berlaku pada partition atau file system dan bukan pada hard disknya. Mungkin berlaku "bad sector" pada hdd dan penyambung yang longgar pada hdd.
-Penyelesaian, sila periksa kabel SATA atau PATA (ketatkan) atau juga check partition HDD dengan tool chkdsk.

UNEXPECTED_KERNEL_MODE_TRAP (0X0000007F)
-Overclock hardware yang berlebihan, komponen pc yang terlalu panas, BIOS mengalami korup, memory dan cpu ada masalah.
-Hardware yang berkaitan ialah Bios Setting, HFS system (Heat Sink and Fan) dan RAM.
-Penyelesaian, set BIOS motherboard pada default setting. Cuci HFS system. Flash semula bios asal. Servis dan cuci ram CPU.

DATA_BUS_ERROR atau PAGE_FAULT_IN_NONPAGED_AREA
-RAM memory atau slot di motherboard ada masalah. Masalah pada hardware antaranya RAM, RAM memory video card atau memory di CPU processor (L2 cache). Punca berlakunya adalah kerosakan pada RAM.
-Penyelesaian, servis RAM atau tukar yang baru.

INACCESSIBLE_BOOT_DEVICE (0X0000007B)
-Kerosakan pada configuration jumper yang salah. Virus boot sector.Driver IDE/SATA controller yang salah, atau kesalahan driver chipset. HDD bad sector pada partition.
-Penyelesaian, periksa jumper pada hdd. Jalankan scan menggunakan antivirus. Jadikan partition yang rosak itu sebagai RAW dan buat partition baru pada bahagian yang tidak mengalami masalah.

VIDEO_DRIVER_INIT_FAILURE (0X000000B4)
-Masalah installation driver video card yang tidak sempurna, restart pada saat installation atau kesalahan dalam installation driver.
-Penyelesaian, periksa driver version. Masuk ke safe mode windows, uninstall driver lama yang ada konflik dengan sistem windows, muat turun driver yang terkini dan install yang terbaru.

BAD_POOL_CALLER (0X000000C2)
-Masalah driver tak compatible dan tidak tepat. Kebiasaan berlaku ketika repair installation windows lama yang corrupt.
-Penyelesaian, periksa driver version. Cabut hardware yang tidak digunakan. Buat fresh installation windows baru.

MACHINE_CHECK_EXCEPTION (0X0000009C)
-Masalah overclocking atau hardware
-Penyelesaian, reset sistem BIOS.

FATAL_SYSTEM_ERROR (0XC000021A)
-Masalah install benda baru yang incompatible juga mempunyai harmful content. Masalah pada winlogon.exe. Juga ada ubah fail sistem dengan oleh administrator.
-Penyelesaian, masuk safe mode dan restore balik menggunakan "Last Known Good Configuration" masa tekan F8.


UNABLE_TO_LOCATE_DLL (0X0000135)
-Masalah file system yang hilang atau korup atau kerosakan pada windows registry.
-Penyelesaian, cari file system yang korup atau hilang tersebut melalui internet (dll-files.com) dan copy paste kan dalam sistem32 subfolder. Sekiranya tiada ditunjukkan nama file, barangkali masalah pada registry. Gunakan windows system restore.


Rumusan penyelesaian!

1) Windows corrupt atau dijangkiti virus.
• Repair installation windows dengan menggunakan recovery partition atau CD window. Sekiranya tidak memberi kesan, format sahaja dengan windows yang baru.

2) Driver dan software bermasalah.
• Masuk safe mode dengan menekan butang F8 semasa booting windows, buang driver atau software yang menyebabkan windows mengalami error atau corrupt, kemudian restart pc anda.
• Guna software ini http://www.nirsoft.net/utils/bluescreenview.zip untuk mencari software atau driver yang menjadi punca masalah.

3) Hardware terlalu panas.
• Cuci system HSF (Heat Sink and Fan) pc anda.

4) RAM bermasalah.
• Servis RAM atau tukar baru.

Penyelesaian alternatif menggunakan perisian!

AntiCrash merupakan salah satu program yang boleh memintas dan mengurangkan sehingga 95,8% kesilapan untuk menjadi skrin biru. Apabila kemalangan berlaku, Anti Crash membetulkan secara automatik, tidak perlu melakukan apa-apa. AntiCrash juga-satunya perisian yang mampu menghalang skrin biru dan “stuck”.


Langkah-Langkah:
1) Download AntiCrash

 Download Link
 
Password: software4dummies

2) Install setup.exe
3) Copy name and serial that was given in notepad to unlock full version.
4) Complete!

Sunday, January 15, 2012

Cara mudah jaga laptop!

Alhamdulillah setelah sekian lama tidak mengupdate blog, atas sebab peperiksaan akhir di UTM tercinta. Dan pada hari ini aril akan kongsikan pula mengenai penjagaan laptop dengan cara yang mudah. Rata-rata dari anda pasti memiliki laptop sekurangnya satu laptop di tangan anda. Ramai yang mengimpikan untuk mengelak dari masalah-masalah laptop yang pasti akan berlaku.

Jadi, bagaimana untuk menjaga laptop anda supaya ianya sentiasa berkeadaan baik dan sekurangnya dapat elak dari perkara-perkara yang boleh merosakkan laptop anda? Harus dilihat bahawa dari segi ketahanan, laptop adalah lebih sensitif penjagannya berbanding pc biasa. Ada beberapa kriteria yang perlu anda tahu dalam penggunaan laptop. Jadi aril akan cuba kongsikan disini supaya anda dapat amalkan selalu.

Tips ini amat penting untuk mengelakkan dari sebarang perkara yang tidak diingini pada masa hadapan sebagai contoh kerap berlakunya "overheating" pada laptop anda.

Antara tips-tips yang boleh diamalkan :

1) Jauhi laptop anda daripada cecair seperti minuman kopi, nescafe, coke, a&w, teh tarik, hujan atau apa jua jenis cecair yang seumpama dengannya. Kemalangan boleh berlaku dengan mudah tanpa anda sedari. Sekiranya cecair itu tumpah di atas laptop atau dimana sahaja bahagian atau komponen laptop, ia boleh merosakkan komponen dalaman dan berlaku kejutan elektrik pada laptop. Litar pintas berlaku dan merosakkan data dan mungkin merosakkan secara kekal bahagian komponen laptop anda.

2) Elakkan untuk anda letakkan laptop anda di atas katil ,karpet, tilam, selimut atau permukaan yang lembut yang boleh menyebabkan aliran udara kipas pada laptop anda tertutup. Laptop anda akan menjadi overheating dalam masa yang singkat! dan ia mampu untuk merosakkan komponen laptop anda.



3) Bagaimana untuk memastikan penggunaan bateri laptop anda berguna dan mempunyai jangka hayat yang panjang? bateri laptop ini boleh diumpakan sebagai otot badan kita dimana ia memerlukan senaman untuk beroperasi dengan baik. Sekiranya tidak ada senaman, penggunaannya jadi tidak bermakna. Apabila diminta untuk recharge laptop anda, tanggalkan kabel power dan biarkan ia beroperasi menggunakan bateri. Sekali seminggu sudah mencukupi untuk bateri anda bersenam. Ini boleh membuatkan bateri anda mempunyai jangka hayat yang lama. tak percaya? percayalah..


4) Jangan biarkan laptop anda beroperasi sehingga 2 hari tanpa pernah ditutup. Laptop anda akan menjadi terlampau panas sekiranya dibiarkan terlalu lama. Anda disarankan untuk memastikan laptop anda dalam keadaan "sleep" atau "hibernate" sekiranya malas nak tutup. Lebih baik tutup sekiranya dah tak ada apa-apa yang perlu dibuat. Macam manusia jugak, perlukan rehat dan tidur yang mencukupi.



5) Dapatkan "cooler" laptop di mana kedai-kedai berhampiran. "Cooler" ini penting untuk mengurangkan suhu pada laptop ketika beroperasi.


Ini adalah sedikit tips untuk penjagaan laptop anda. Tips ini akan dikemaskini pada masa-masa yang akan datang! selamat beramal:)


    Saturday, December 24, 2011

    5 cara untuk tahu anda digodam!

    Bercerita mengenai "hack", ramai yang bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada itu..tetapi harus diingat bahawa implikasinya sangat buruk sekiranya ilmu ini diwarisi hampir sebahagian anak muda..disebabkan itu, ilmu ini harus dituntut secara sendirian bermakna minat itu yang membawa kepadanya ke jalan itu..terpulang untuk membawanya ke arah kebaikan atau keburukan..jangan sesekali menyalahgunakannya,, kerna ilmu itu sangat berfaedah sekiranya dibawa kejalan kebaikan.


    Ramai antara pengunjung blog ini yang meminta aril perjelaskan iaitu "bagaimana hendak tahu sama ada pc/laptop kena "hack" ataupun tidak?"..aril akan cuba perjelaskan dalam entri kali ini untuk anda tahu bagaimana caranya..

    Sekarang ini cuba ikut bersama-sama langkah dibawah ini, kemungkinan anda adalah seorang mangsa hack.

    *Sebelum itu, sila pastikan anda menutup dahulu semua muat turun dan laman web yang anda layari..

    • Untuk kaedah yang pertama, sekiranya anda menggunakan router ADSL. Pastikan anda tutup dahulu segala aktiviti muat turun apa sahaja, dan cuba lihat cahaya pada ethernet anda..sila lihat di bawah


    Sekiranya cahaya pada ethernet itu berkelip dengan pantas, berbanding dengan kadar yang biasa, bermakna ada data yang dibawa masuk dan keluar dari laptop/pc anda..tetapi anda tidak membuat sebarang muat turun. Ini bermakna ada yang cuba untuk menyekat internet anda daripada diakses. Atau kaedah ini lebih dikenali sebagai "arp spoofing". Bererti anda sedang digodam!
    • Untuk kaedah yang kedua, anda boleh menggunakan cmd prompt untuk mengesyakinya..Buka sahaja command prompt, dan pastikan "run as administrator". Kemudian,,
    Sila taip netstat -a
    Anda akan menerima senarai sambungan internet yang aktif, semak sekiranya ada sambungan internet yang tidak dikenali dalam keadaan "ESTABLISHED". Sekiranya ada, anda sedang digodam!




    Cuba taip netstat, dan anda boleh lihat pelbagai command yang disenaraikan. Anda boleh mencuba arahan-arahn yang lain untuk tujuan yang lain.
    • Untuk kaedah yang ketiga, pernahkah anda menerima notis sesuatu pada pc/laptop anda seperti perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini iaitu "hang" atau tergendala dalam beberapa saat dan kerap berlaku daripada kebiasaan. Sekiranya berlaku, anda mungkin di hack! Terdapat keylogger dan trojan yang dikonfigurasikan untuk menyampaikan maklumat log ke alamat IP atau ftp pada selang masa..dan apabila maklumat ini sedang dihantar, browser anda akan tergendala untuk beberapa ketika.
    • Untuk kaedah yang keempat, pernahkan anda menggunakan perisian mengenai TCP, gunakan perisian ini kerana ia memberikan senarai semua sambungan yang dibuat melalui TCP. Perisian ini mampu mengesan hampir semua trojan / sambungan yang bertujuan jahat untuk memasuki pc/laptop anda.


    Untuk memuat turun perisian ini, sila ke laman ini : http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb897437

    • Untuk kaedah yang kelima atau terakhir, pastikan antivirus anda dikemaskini dan memasang firewall seperti Comodo, ZoneAlarm, Panda, F-Secure, Rising dan banyak lagi. Jika antivirus anda tidak dikemas kini secara tetap, ada risiko yang perlu anda tanggung. Jika anda tidak update antivirus anda secara kerap dan anda sering membuat pertukaran data dari komputer lain (cucuk usb atau hdd) dan memuat turun banyak fail-fail yang kemungkinan di "bind" dengan keylogger atau virus. Ada kemungkinan besar yang anda di hack!.


    Aril amat pasti bahawa langkah-langkah yang disenaraikan di atas adalah masih baru bagi anda. Tidak mengapa, kita bermula daripada bawah dan mula naik perlahan-lahan ke atas k. Ini adalah serba sedikit berkaitan dengan hack. Sesuai untuk yang masih di tahap "beginner". Diharapkan anda dapat sebarkan kepada rakan-rakan anda supaya kita mengambil langkah berjaga-jaga dalam penggunaan internet. Sekian.




    My photo
    Merupakan seorang ejen pemasaran internet yang mempunyai minat menjana pendapatan melalui internet. Juga berminat berkongsi ilmu yang ada untuk perkongsian bersama. Memegang prinsip "Sharing Is Caring" dalam kehidupan.

    Translate